Tuesday, December 24, 2013

Tabung:Banjir di Pantai Timur dan sumbangan untuk anak Ayulinna

Assalamualaikum.
 
Bekas pelajar UIAMT khususnya & sahabat-sahabatku umumnya...

Selain kiriman DOA yang berterusan, Warga Whatsapp Muslimah Ex-UIAMT Batch Kedua kini melancarkan 2 kutipan:-

1) Sumbangan kepada bayi comel ini Nur Nadiya Hani binti Saiful Izham terus ke akaun ibunya: Maybank Ayulinna Abu -
No akaun 164182001911

2) Tabung Prihatin Ex UIAMT yang terlibat dengan banjir di Pahang & Terengganu. Boleh salurkan sumbangan ke akaun
Bank islam Mumtazah Sanusi - No akaun 16018021319451 *

(*Bermula 15 Disember lepas akaun ini telah dikosongkan & kesemua sumbangan yang terkumpul sehingga 31 Disember 2013 akan disalurkan kepada mereka yang terlibat)

Moga keprihatinan kita sedikit-sebanyak meringankan beban mereka yang sedang diuji, in syaa Allah...

Orang baru!

Assalamualaikum.

Tahniah buat kak Noraini Ismail aka kak Nor @kak Nonie yang telah selamat melahirkan baby boy baru-baru ini.

Ibu dan baby sihat dan selamat,alhamdulillah.

Friday, November 22, 2013

Result UPSR

Tahniah kepada Farah A'lia binti Muhammad Faiz yang telah menerima keputusan UPSR yang cemerlang,5 A.

Semoga semakin berjaya,insyAllah.

Tahniah untuk mama dan papanya juga,Elis dan Faiz.

Orang baru November 2013

Alhamdulillah,tahniah kepada Junny sekeluarga atas kurniaan putera baru-baru ini.Anak ketiga ini dinamakan Ahmad Qaliph Zuriyel.

Tahniah juga untuk kepada Ada(Shuhada) yang telah selamat menyambut kelahiran anak keempat,Adib Haiqal.

Selamat berpantang.Semoga cepat sihat.

Azrin Said

Assalamualaikum semua.

Takziah kepada Azrin yang diuji dengan denggi baru-baru ini.Alhamdulillah dengan adanya teknologi yang pelbagai berita telah dapat disampaikan antara batch kita sehingga dapat sama-sama mendoakan serta menyumbang kepada Azrin dan keluarganya sebagai tanda persahabatan kita selama ini.

Alhamdulillah ujian ini telah merapatkan semula ukhuwah sesama kita yang semakin jauh atas kekangan yang pelbagai seperti masa,keadaan,tempat dan sebagainya.

Kami bagi pihak admin mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan dalam hal ini.
Gambar kenangan Tamizi,Azmir dan Adrilayanti mengunjungi keluarga Azrin di Pendang selepas Azrin discaj,alhamdulillah.

Kini kembali

Assalamualaikum semua....

Apa khabar?Lama tiada update dari blog ni...dah lebih daripada sawang dah rasanya.

Tapi tak apa sekarang banyak kaedah kita boleh bertukar cerita dan berita.Ada FB,twitter,WA,WeChat dan lain-lainnya.Tetapi itu semua bersifat privasi kan?Blog ini lebih umum jadi mungkin suatu masa jika kita terputus hubungan,bolehlah kita atau anak-anak kita lihat di sini.

Saya bagi pihak admin yang ada memohon maaf atas kekangan update di sini.

Apapun,semoga ukhuwah kita berpanjangan dan diberkati,amin.

Salam ukhuwwah dan selamat bercuti buat anak-anak yang bersekolah.

Wednesday, December 15, 2010

3RD IIUMT GET TOGETHER: TOGETHER IN PANGKOR 2010

to all x- iiumt 2ndbatch, feel free to visit http://www.facebook.com/album.php?aid=168662&id=551419266 TOGETHER IN PANGKOR 2010' WITH LOVE........

Thursday, April 22, 2010

TOGETHER IN PANGKOR - tentative

Meeting di rumah Puan Rafiqha Hanim berjalan lancar walaupun hanya dengan kehadiran muka2 tetap yang kami gelar... Ahli Syok Sendiri yang Cun (ASSC) perghhh... dengan laksa, Pizza Domino, Chocolate Cake Secret Recipe dan Puding yang kesemuanya sangat lazat, kami bermesyuwwarah sehingga ke petang... dan berikut ialah tentative program Together in Pangkor nanti:-


Day 1 (30 April 2010 - Friday)

7.00 pagi - berkumpul di R&R Rawang, sarapan bersama di sana...

11.00 tengahari - PArking dan naik ferry di Jeti Lumut

1 tengahari - solat Jumaat di Masjid Pangkor

2.00 petang - aktiviti bebas

4.00 petang - Watersport / snorkeling / main pasir /main air ...

8.00 malam - makan malam di kedai2 sekeliling hotel....


Day 2 (1 May 2010 - Saturday)

8.00 pagi - sarapan bersama di tepi laut.... (bawak makanan masing2 ye)

10.00 pagi - melawat tempat2 menarik di sekitar pangkor (sewa van/ motor/basikal - bayar sendiri)

12.00 tengahari - makan bebas

4.00 petang - berkumpul di tepi pantai untuk acara sukaneka pantai

8.00 malam - Makan malam BBQ (hanya RM10 per adult/ RM5 per children 4-12 years dan selebihnya akan di sponsor oleh sponsor2 yang budiman) sambil menikmati paduan suara geng Kak Uji dan Abang Hail, geng In-team, geng Ali Terrarosa, geng Feminin, 4U2C kehkehkeh...

9.00 malam - penyampaian hadiah oleh sponsor budiman


Day 3 (2 May 2010 - Sunday)

8.00 pagi - sarapan bersama2 lagi di bawah pokok

9.00 pagi - Perlawanan bola tampar pantai di antara geng kak Uji dan Abang Hail... (mesti join!)

12.00 tengahari - check out dan selamat jalan jumpa lagi tahun depan di Together in..... ?????



PARTICIPANTS (confirmed as at today, paid and entitled to our exclusive and colourful sponsored tshirt including children age 3 above oleh sponsor yang budiman)

(1) Pn. Azura Ahmad & keluarga (from Seremban)
(2) En. Muhammad Faiz & keluarga (from Seremban)
(3) Pn. Suhaila Marsidi & keluarga (from Gombak)
(4) Pn. Hazlinda Ismail & keluarga (from Pendang, Kedah)
(5) Cik Mursyida, Cik Masliza (from Shah Alam)
(6) En. Fakhrur Rozi & kawan (from Gombak)
(7) En. Surya Putra & keluarga (from Gombak)
(8) Pn. Nurul Hana & Pn Yusaini (1 malam shj) (from Shah Alam)
(9) Pn. Julianah Omar & keluarga (from Seremban)
(10) Pn. Haifaul Munirah & keluarga(1 malam shj) (from Perak)
(11) Pn. Haslinda Hashim & keluarga (from Langat)
(12) Pn. Nur Rozaini & keluarga (from Kajang)
(13) En. Faizal (Doy) & keluarga (1 malam shj) (from Ipoh)
(14) Cik Saniah Ismail & CIk Hazirah (from Langkawi)
(15) Pn. Junny & keluarga (from Subang)
(16) En. Fistoniq & keluarga (1malam shj) (from Shah Alam)


SEKIAN, kita merancang Allah menentukan.... Insyaallah

Tuesday, April 13, 2010

TOGETHER IN PANGKOR

Together in Pangkor Pre-Reunion Potluck Meeting




Venue: Rafiqha Hanim's House @ Seremban 2

Date: 17 April 2010

Time: 3 p.m




Marilah datang beramai-ramai....


Wednesday, March 31, 2010

~PENCALONAN YG TERCICIR..



Walaupun penyertaan untuk pertandingan mencipta nama kumpulan kita hampir tamat dalam beberapa jam sahaja lagi.. namun masih ada lagi yang sudi untuk menyumbangkan idea bernas mereka. setelah berdiskusi dgn AJK pertandingan ini iaitu Joe di facebook, maka kami sebulat suara menerima cadangan drpd Nur Rozaini atau lebih dikenali dgn nama CIK NON iaitu
"x-iiztg2nd" . Oleh itu kepada sesiapa yang ingin vote...silake column baru yg telah disediakan... sekian, terima kasih.