Wednesday, October 7, 2009

Meriah Raya 09' - Siri 2


Assalamualaikum semua...


Sekarang ni dah penghujung bulan syawal, namun di KL, di mana2 saja... masih ramai org membuat rumah terbuka.. jalan2 jammed sampai ke tgh malam... kawan2 yg jarang2 jumpa, rumah2 yg jauh di hujung bandar...habis diteroka.... ya, begitulah meriahnya raya... bukan selalu...tapi setahun sekali...... begitu jugakla kami yg menetap jauh dari keluarga ni... nun jauh di perantauan..(hehehe...mcm lah jauh sgt ..setakat KL & Seghomban tu... ishhhh) Maka, dengan itu juga..seperti biasa program beraya dr rumah ke rumah, telah mendapat sambutan oleh rombongan cik kiah... kira ni mcm rutin tahunanla...selain program Get Together tu. Walau macamana pun.. kami masih lagi mengharapkan ramai lagi kawan2 yg dapat menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka atau lebih ramai lagi yg sudi menjemput kami ke rumah terbuka anda semua...hahahahaha..... insya allah...kalau tiada halangan...rumah anda pasti diserbu........

Seperti tahun2 yg sudah... sekali lagi rombongan cik kiah telah beraya ke rumah2 kawan . Pada tahun ini, meriah raya 09' telah dimulakan dengan "rumah terbuka KOK @ Kartini" di Kajang. Walaupun kami tak dapat menghadirinya....kemeriahannya tetap terasa dengan lak sam yg dibekalkan oleh KOK..dan sayang sekali..akibat ahli rombongan terlalu lapar, maka terlupa untuk mengambil gambar semasa open house KOK. Kemudian, mereka ke rumah Lailah pulak... saje2 beraya ke rumah pengantin baru..... pun tak sempat amik gambar....

Pada hari tersebut, kami pun ajakla kawan2 dtg beraya ke rumah...walaupun hidangannya tak seberapa, hanya nasik lemak dengan sambal udang, rendang ayam dan ikan bakar... tp kami harap... dapatla mengenyangkan kawan2. so, pukul 3pm tu... Fakhrur Rozi & kawan2nya sempat singgah ke rumah.... dptla makan rendang ayam pencen. Lama jugak dok kat rumah..harapnya dpt jumpa dengan kawan2 yg lain.... tp sampai ke ptg tak tiba2...

(*pic mr putra with fakhrur rozi & frens)


Tunggu punya tunggu.. akhirnya dlm pukul 7 lebih, tibala Faiz, Elis & anak, diikuti oleh syida halim, U, Nonie & husband, Masliza, Joe Azura bersama anak2nya yg sudah tido... Kira terpaksalah makan malam dengan nasik lemak..... jom layan pic2 yg sempat diambil...
* dr kiri: Farah A'lia, Nonie, Joe Azura, You, Elis, Mas & Me.

*berborak setelah selesai makan.....

*kesian kat gang2 lelaki..terpaksa mkn bersila sbb meja telah diconquerer oleh mak2 budak dan juga disebabkan meja mr putra yg terlalu kecik...serta rumahnya yg amat cinonet...kesian depa tu...

Selesai makan...dlm pukul 9.45pm.. kami semua beramai2 ke rumah linda hashim di hulu langat pulak.... adoila..jalan punyala jammed kat kl..tp disebabkan semangat nak beraya & terkenangkan laksa yg telah disediakan linda..(walaupun time tu mmg tgh sarat sgt mengandung...mmg tgh tunggu masa je...) dia sempat layan lagi kami yg tiba dirumahnya jam 11 mlm... yg lawaknya...satu kampung menyambut kedatangan kami... punyalah bising...hehehehe.... borak punya borak... tambah punya tambah....maka dalam pukul 12 tgh malam kami pun beransur pulang..... (kesian mak buyung kena layan kami sampai tgh malam..dan untuk pengetahuan semua juga, keesokan malamnya...linda hashim terus melahirkan anak lelakinya...alhamdulillah...both mom & baby selamat... agaknya penat layan kami.....)
* ceria di rumah linda hashim. kelihatan linda masih boleh tersenyum walaupun sedang menunggu masa utk melahirkan baby...heheh..tahniah dr kami atas kelahiran anak ke3.

Keesokkan harinya pulak, kami mendapat undangan makan pagi di rumah Masliza di Sunway. Tapi memandangkan anak2 yg masih tido...terpaksalah kami batalkan niat yg murni itu...walaupun dr apa yg kami dgr...nasi goreng kampung mas sangatlah sedap...... pada hari yg sama jugak, kak long yusaini mengundang kawan2 untuk makan tengahari di rumahnya di Kota damansara...wah....pekena pulak tom yam kung yg sedap........ makan...makan....dan makan lagi
* di rumah kak long yusaini.....

Pada sebelah ptg pulak...kami mendapat undangan dr Junny & Min untuk mkn petang dirumahnya di Subang.... wahhh...best betul rumah Junny & Min...Makan pulak mee goreng yg dimasak oleh Junny..... sampai tak tau la nak cakap...punyalah kenyang kami semua... habis mee di meja... licin brownies di pingan.... dah ronda satu rumah atas dan bawah... maka kami semua pun beransur pulang........ tp sempat jugakla kami merakamkan kenangan 2 manis bersama....

* bersama Junny di rumahnya...

* di depan rumah yg cantik....

* Ian Nawfal bersama Arisha....

Dan pada hari sabtu yg lepas, 10 oct 09, kami teruskan lagi acara beraya ke rumah kawan2...kali ni..kami serbu rumah kawan2 di seremban... kami ke rumah Joe Azura dan menikmati mee bandung yg amat sodap...serta puding yg amatlah enak.... hehehe...siap dpt bekal biskut raya yg dibuat sendiri oleh Joe lagi.... tp sayangnya....AJK IT merangkap Jurugambar Tetap tak dapat amik gambar sbb terlalu teruja hingga terlupa..... kemudian...sebelah malamnya pulak...kami terus ke rumah Faiz & elis untuk menikmati SOTO yg disediakan oleh Elis....... pandai elis masak yea....... haaaaa..akhirnya kami bertolak pulang ke KL pada pukul 12.15 tgh malam..... mak aihhh...beraya sakan kami semua................ insya allah...pic...akan di upload kemudian......

Dan pd hari ahad, ada juga jemputan rumah terbuka dari kawan kita iaitu Norazmizan, yg mana telah disampaikan oleh Cyphuell di facebook... mmg hajat di hati nak sgt pergi.... tapi last minute...kami sekeluarga terpaksa ke Cyberjaya pulak ptg tu...... tak dptlah pergi......... harapnya..pd kawan2 yg pergi tu...bolehla bagi gambar utk tatapan bersama ye....

Akhir kata.... sebagai penutup bicara...dan penutup bulan syawal..... sekali lagi kami mengucapkan salam aidilfitri & maaf zahir batin buat kawan2 semua!!!!!! panjang umur..tahun depan kita juma lagi........amin!



Wednesday, September 30, 2009

Riang Raya 2009





Salam Lebaran diucapkan buat semua warga X-IIUMT 2nd batch di mana jua berada. Salam dihulur, maaf dipinta andai selama bersama di IUMT & di IIUM Gombak, mungkin ada silap dan salah, tersalah kata tersasul bahasa... Juga semoga dihari yang mulia ini, kita semua bergembira disamping org2 yg tersayang...

Di kesempatan ini juga, kami sekeluarga sempat beraya bersama Haifa & Redhaudin di Kedah baru2 ni. Juga kepada Toniq sekeluarga yg datang pada "Rumah Terbuka" kami di Tokai pada raya ke5. tp sorryla toniq...tak sempat amik gambaq hangpa.... apa2 pun...jom layan pic kami beraya bersama haifa & din serta anak2....

P/s kpd kawan2 yg sudi mengirim gambar2 raya...jgn malu2 jgn segan2.... emailkan pic raya anda bersama keluarga ke xiiumt2ndbtach@gmail.com

Friday, September 4, 2009

~MAJLIS BERBUKA PUASA- SEMUA DIJEMPUT!!


ASSALAMUALAIKUM...

Salam Ramadhan den ucapkan kepada semua kawan2... sedar tak sedar kejab je masa berlalu...dah pun puasa yg ke 14. 15 hari lagi dah nak raya... yg mana dah beranak pinak tu...mesti seronok melayan karenah anak2 yg puasa... yg baru melayari bahtera perkahwinan...tentu lagi seronok boleh bersahur & berbuka bersama2 yg tersayang ... ada yg dpt turunkan KGs...ada plak... makin bertambah2 KGs... apa taknya... sekali berbuka..macam2 juadah yg dimakan... hehehe..macam2 karenah di bulan puasa ni ye... apa2 pun, den doakan agar kita semua mendapat keberkatan di bulan yg Mubarak ini.... amin!!!!!


Berbalik kepada tajuk di atas, di sini den nak WAR2kan kepada semua kawan2.. yg mana berada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, yg mana berkesempatan mahupun ingin bersama2 berbuka puasa bersama kawan2, insya allah akan diadakan satu majlis berbuka puasa pada:


Hari : Jumaat
Date : 11 Sept 2009
Venue : Marche' The Curve (RM 45++ adult)

So, kepada sesiapa yg ingin menyertainya, bolehla menghubungi Puan Joe Azura dinombor telefon 013 2420310 dgn segera.

Mari kita erat2kan lagi ikatan persahabatan kita di bulan yg penoh barakah ini...semoga ikatan yg terjalin kekal hingga ke syurga...amin!!!! akhir sekali... ingin juga den mengucapkan selamat berpuasa untuk semua, maaf segala salah & silap selama kita berkawan.... dan semoga kita mendapat keredhaan dr yg ESA...amin!!!

Monday, August 3, 2009

~Wedding Lailah & Joint Birthday Bash @ Poolside, Gardenia court



Assalamualaikum & salam sejahtera..

Akhirnya, hari yg ditunggu2 oleh Pengantin Lailah Khairiah pun tiba... juga hari yg dinanti2kan oleh semua kawan2 untuk sama meraikan pengantin serta untuk berjumpa & bermesra setelah sekian lama tak jumpa. Ya, pada Sabtu yg lepas bersamaan 1 Ogos 2009, kami semua sempat menghadiri majlis perkahwinan kawan kita Lailah Khairiah di Greenwood. Maka dapatlah juga kami berjumpa kawan2 spt Zam Suraya, Budia Kartika, Suhaila Marsidi, Linda Hashim, Elis & Faiz, Joe Azura sekeluarga, Junny sekeluarga, Julie, You & Kak Long Yusaini. Hidangan pun sedap..tambah pulak dengan cendol yg sejuk.... mmg menyelerakan.... disini, kami di xiiumt2nd batch, ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT LAILAH & SUAMI. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... AMIN!








JOINT BIRTHDAY BASH & POOLSIDE, GARDENIA COURT.


Selepas menghadiri majlis perkahwinan Lailah, kami semua bersepakat untuk mengadakan birthday party untuk Alim (19 July), Elis (23/July) dan Min (husband Junny pd 31/July) di Poolside, Gardenia Court @ juga di rumah En Putra.. yg bestnya semua makanan di beli & di taja oleh mr faiz, en putra, Syida & Joe.. terima kasihla semua ye.... sementara mak2 dan bapak menjamu selera... anak2 pulak terjun ke dalam pool....... apa2 pun thanks for the birthday bash...& thanks so much to semua yg dtg ke rumah cinonet mr putra untuk memeriahkan lagi majlis.....

Birtthday Cake Sponsored by Mr Faiz

Birthday Galz Alim & Elis with birthday boy Min (Husband Junny)

Sedang menikmati hidangan....


Mr Faiz, Mr Putra & Mr Mie (husband Suhaila Marsidi)


Puan Nonie, Cik Syida & Puan Suhaila


anak2 yg seronok mandi pool..


Ian Nawfal with his girlfren Arisha.




Selesai sessi hari jadi... maka bersurailah sebahagian kawan2..tp yg bestnya... ada sebahagian lagi yg lepak sampai ke malam..sampai 11pm lagi..almaklumlah...mr putra bersosial di luar.. maka mdm alim berfoya2 di rumah bersama kawan2 dgn menikmati pelbagai makanan yg di beli...hehehehe.. apa lagi...kita org keluarla mlm tu..carik makanan.....

Memang meriah bila bersama kawan2.... lebih2 lagi bila ada pelbagai akanan yg boleh dimakan... emmm to all frens... bila lagi nak lepak2 & makan bersama2 ? jgn malu..jgn segan.. jom kita eratkan ukhwah sesama kita..... insya allah!

Wednesday, July 29, 2009

~JEMPUTAN KAHWIN




Assalamualaikum.

Adalah dengan ini, dijemput semua kawan2 untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kita saudari Lailah Khairiah pada hari Sabtu ini bersamaan 1 Ogos 2009 bertempat di Dewan MPS Gombak. Marilah ramai2 kita meraikan hari bahagia lailah dan sama2 memeriahkan lagi majlis... Jumpa semua di sanaaaa....





Saturday, July 25, 2009

~ berita! berita!



. Assalamualaikum.

apa kabar semua? lama betul tak update blog kita ni..diharapkan agar semuanya sentiasa sihat dan berbahagia selalu.... Alhamdulillah.. hari ni ceq berkesempatan mengadap blog yg telah lama bersawang ini... dengan kesibukan harian serta keadaan anak2 & diri sendiri yg tak berapa sihat.. terpaksalah melupakan sekejab dunia cyber ni...walaupun hari ni ceq blomlah 100% recover dr batok yg terok ni.. tp memandangkan dah lama benar tak bertanya kabar kawan2...rasa rindu plak...tambahan pula.... dah lama sangat berita daripada kawan kita si Khajar ceq simpan.... hehehe..marah agaknya khajar ye... maafla khajar ye.... okla...meh kita tgk apa perkembangan khabar sekarang ni ...

email from Nurul Hajar:

Assalamualaikum! Saya tengok blog kite makin sepi dari berita dr kengkawan.
So... saya nak kabo la kat cni cerite terbaru saya.
27/5 yang lepas, saya convo untuk diploma perguruan. Kiranye ini convo yang ke2 slps UIA dulu la...Best la dapat jumpe kengkawan kat maktab dulu. Ye lah skang diaorang dah masing2 posting kt tpt lain kan....Yang x best nye, jubah masa convo tu sama ngan masa kat uia dulu. Bezanya cume line silver kt tangan tu tak de. So tak nampak la variasi sangat. Cube tgk gambar ni, sama kan jubahnya....

Ok lah whatever pun, dah selamat convo dah......Ok da......


dan yg ni pulak... email from Puan Atiey kita. Memandangkan raya pun dah nak dekat, maka kalau ada sesapa yg nak tempah biskut raya..boleh contact atiey ye..

salam semua....
anybody berminat nak tempah raya cookies leh la tengok2 attachment ni ya..sebalang cuma RM16 sahaja. if jauh dr perlis....does'nt matter, leh discuss 4 penghantaran dgn bas ekspress...kenala charge skit tp xbyk la...okeh...feel free 2 choose n buy...gerenti sedappp!!!
*tempahan bole stat skarang n antaq ms posa or a few days before that... anything do contact me...yanti (019-5664146)



PRODUCT HALAL HPA

Juga kepada sesiapa yg ingin menyokong atau membeli product HPA serta ingin menjadi ahli, sila layari "di sini"
dan anda akan mendapat WEBSITE anda secara percuma!

Wednesday, June 24, 2009

~Nawfal & Pic of the week competition!


Assalamualaikum ..

Hi to all auntie & uncle..my mommy's & daddy's frens... my name is Aqil Ian Nawfal b. Surya Putra. I am 10 months old. I've joined one of the competition in MUMCenter Malaysia which is Pic of the week competition. The Pic of the Week winner will be the photo with the most number of votes. The voting goes live at 2pm since Monday, 22nd June 2009, staying open for one week, closing at 10am the following Monday, 29th June 2009. so, I would really appreciate if all auntie & uncle could VOTE for me!!!!! Thank You.......................

Please visit MumCenter to VOTE.
~Ian Nawfal~

Monday, June 15, 2009

~Wedding adik bongsu En Putra.


Assalamualaikum semua.

Selama seminggu di Kedah, sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan adik bongsu En Putra, alhamdulillah..akhirnya semua berjalan dengan lancar dan meriah. Tambah meriah dan semakin menyerikan majlis ialah dengan kehadiran rakan2 karib kita iaitu En Toniq sekeluarga & juga En Redhaudin & Puan Haifa sekeluarga. Di sini, kami (Putra & Alim) serta keluarga mengucapkan terima kasih kpd Toniq sekeluarga & Din sekeluarga kerana sudi meluangkan masa di majlis tersebut.
Najla & Nawfal bersama Pak su& Mak su mereka.

Ayahanda Hj. Mohd Taulan bersama tetamu kehormat yg hadir.

En Toniq, En Putra & En Din.


Gambar atas : Kelihatan Puan Haifa, Puan Alim & Puan Anne bergambar disamping suami & anak2 masing2.

Tuesday, June 2, 2009

~JEMPUTAN KAHWIN~



Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ni, dek kerana tiada khabar terbaru drpd kawan2, berita terkini & activiti sensasi serta talian maxis broadband yg macam b*****g! alhamdulillah..hari ni dapat jugak den bersua kembali, walaupun lebih 50x disconnect..ceh!:P walaubagaimanapun, den harap kepada semua kawan2 semoga anda semua dan keluarga sentiasa sihat & dilindungi Allah s.w.t. Insya allah.

Dikesempatan ini juga, den & En Putra ingin menjemput semua kawan2 terutama yg berada & akan berada di utara pada 8 Jun 2009 akan datang, ke rumah kami di Tokai, Aloq Staq kerana majlis perkahwinan adik bongsu En Putra. Kehadiran kawan2 semua amatlah dialu2kan & semoga kita akan bertemu & akan menambahkan kemeriahan majlis. Insya Allah.

Jika ada yg ingin hadir,di sini kami sertakan talian hayat untuk dihubungi :
 En putra : 016 6820867 / Alim : 016 6026411

*KAD JEMPUTAN:
* PELAN RUMAH:

SEMUA DIJEMPUT HADIR!. Akhir kata, den nak ucapkan "selamat bercuti sekolah kpd anak2 kita semua & kepada kawan2 yg bergelar guru!"
salammmmmmm......

Saturday, April 11, 2009

~ SALAM TAKZIAH BUAT BRO REDHAUDIN, HAIFA & KELUARGA

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan kawan2 semua, pada hari ini (Sabtu, 11 April 2009) bro Redhaudin Hamzah telah kehilangan ayahanda tersayang yang juga ayah mertua kepada Haifaul Munirah di Alor Star, Kedah  pagi tadi. Kami sekeluarga yg kebetulan berada di Alor Star sempat menziarahi Din & Haifa di rumahnya. Kami di sini, mendoakan agar Din & Haifa bersabar dengan kehilangan ayahanda tersayang. Semoga rohnya dicucuri dan bersama orang2 yang beriaman. Insya allah.

AL FATIHAH....

Monday, April 6, 2009

~ AL fATIHAH - ARWAH BRO ASMADI.

Assalamualaikum.

Hari ini saya menerima satu berita sedih, email yg saya terima drpd ukhtie rashidah & info yg dikongsi bersama oleh bro arpi difacebooknya. Yang mana kita semua telah kehilangan seorang lagi sahabat iaitu Arwah Bro Asmadi (IRK-Quran/Sunnah) pada hari Jumaat, 3 April 2009 akibat kemalangan jalanraya. Beliau meninggalkan isteri yg juga x-iiumt iaitu sis Lelawati. Kami di x-iiumt 2nd batch community mendoakan agar rohnya dicucuri & berada bersama org2 yg beriman. Salam Takziah untuk keluarga arwah. 
Al Fatihah.

* MOHON MAAF DI ATAS KESILAPAN INFO YG DIBERI. SEKALI LAGI DI BERITAHU BAHAWA ARWAH BRO ASMADI & SIS LELAWATI BUKAN X-IIUMT. WALAU BAGAIMANAPUN KITA SEMUA MENDOAKAN AGAR ROHNYA DICUCURI & SEMOGA ISTERINYA BERSABAR DGN DUGAAN YG MAHA ESA. 

Saturday, March 14, 2009

~WEDDING AIZA @ BERJAYA GOLF RESORT



Hari ni wedding aiza & husband @ Berjaya Golf Resort Bukit Jalil. Disebabkan kami sekeluarga tak dapat menghadirkan diri di wedding aiza di ipoh tempoh hari, maka dgn tak sabar2nya... kami sekeluarga pergi ke majlis tersebut. Sesampainya di sana, toniq & isteri menyambut kedatangan kami.... wah happening betul....makanan pun sedap... jom kita layan gambar2 yg sempat kami rakamkan......
                  pengantin yg cun..... aiza khairudin...

                                         mr. toniq & mr. putra.... 
    keluarga mr putra bersama pengantin ~aiza & mazhar

    keluarga mr toniq bersama pengantin di atas pelamin..

          beramai2 bergambar bersama pengantin..

dan pada hari itu juga, pihak pengantin ada mengundang penyanyi yg sangat hebat iaitu saudara Hail Toniq. Beliau menyampaikan lagu KIAN dan berjaya menandingi penyanyi asalnya Mawi.. Hail Toniq mendapat tepukan gemuruh dan gelak yang besar daripada tetamu2 yg hadir....

            Hail Toniq bersama peminatnya..
bukan itu sahaja, majlis perkahwinan aiza dan mazhar yg diadakan di berjaya golf resort bukit jalil itu diserikan dgn kehadiranpengacara glamour Jaafar Onn bersama penyanyi undangan Rohana Jalil & Haiza...... kami sempat bergurau senda dgn abg angkat Hail toniq iaitu Jaafar Onn... (pssstt...alamak... jaafar onn org kampung ceq la....sedara noreen nor la pulak...hehehe..)


dan kami di X-iiumt2ndbatch sekali lagi mengucapkan selamat pengantin baru kepada aiza & mazhar, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.... selamat menempuh alam rumahtangga dan dikurniakan anak2 yg comel macam mama & papanya nanti.... insya allah!

Wednesday, March 11, 2009

~MARI MEMASAK BERSAMA MAK DATIN ALIM




Assalamualaikum...

rasanya dah lama blog ni sunyi dari berita2 sensasi mahupun kisah2 tentang ahli x-iiumt 2nd batch.. hanya kisah duka tentang pemergian org yang tersayang.... apa2 pun Al Fatihah untuk arwah.... oleh itu, untuk menceriakan semula blog kita ni... terpaksalah ceq mencari idea2 baru untuk dikongsi bersama...yelah..memandangkan semua kawan2 hanya menjauhkan diri... diam seribu bahasa... maka terpaksalah den berusaha untuk mengisi ruang2 yang mula kosong antara kita semua..... fikir punya fikir... apalah cerita atau berita yg dapat dikongsi bersama ye? nak tunggu pelawaan kawan2 untuk belanja makan ke, bersantai bersama ke, shopping bersama ke, tgk movie bersama ke, emmm..tak tau bila agaknya.... termenung ceq beberapa hari memikirkannya... akhirnya.. terdetik di hati ceq ni...apa kata ceq kongsi resepi masakan pulak??

bolehlah cik kiah2 kita di luar sana cuba dan dihidangkan untuk suami2 cik kiah... jgn asyik sibuk bekerja saje.... dan pada kawan2 kita yg baru mendirikan rumahtangga tu pulak... bolehla suruh isteri masing2 mencuba.... test tgk depa tu pandai masak ke tidak? hehehehehe... tak pun.... mana tau, kot2 abg2 kita masak pulak utk isteri2 masing2..... wah...... tak ke makin sayang isteri2 anda semua...... betul tak?????

oklah.... untuk resepi pertama, actually resepi ni ceq tgk kat dlm blog sorang kawan. dia kata di johor, tak silap ceq di kluang, ada satu gerai yg menjual masakan ni, dimakan bersama roti.... rasanya punyalah sedap.... maka kawan ceq tu cuba try masak dan menjadi.. apa lagi..ceq yg memang suka memasak ni.... tryla pulak dan mmg betul... rasanya mmg sedap especially bila dimakan dgn roti..... kalau nak rasa..... cubalah acu try test ok..... pastu kita pakat2 komen..mana tau ada sesapa yg boleh update resepi ni pulak........ jom  ke dapur mak datin alim......

* RESEPI MY KERANG BERAPI *

ini ialah resepinya:

BAHAN-BAHANNYA IALAH :

kerang yg telah dicuci dgn gosok periuk... lihat hasilnya...kulitnya bersih dan putih... ceq gosok sebijik2 tu..bayangkanlah berapa lama masa yg di ambil utk membersihkannya...hahhahaahahah!!!

cili merah, bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, cili padi, daun kunyit dan serai.... ikut suka anda...ceq ni kalau masak jarang ikut sukatan... pakai boh je..kalau dah byk kerangnya...tak kan nak ikut resepi asal...so..pandai2la agak sendiri ye..... bahan2 ni semua diblend.

daun kunyit dan serai yg dimayang halus.... lagi banyak lagi sedap!


jangan lupa telur yang dipukul, tepung jagung yg dah dicampur air dan sos tiram.

CARA-CARANYA IALAH :
Tumis bahan2 yg diblend sehingga naik baunya...... then masokkan daun serai...kacau & tunggu till half garing... kemudian ..masokkan pulak daun kunyit tadi... masokkan telur..kacau sampai masak.. tambah air sikit...garam, gula , sos tiram & tepung jagung.... finally... masokkan kerang yg tgh tersengih2 tadi  ..... bila kerang masak...bolehla dihidangkan.dan hasilnya ..jeng..jeng...jeng...

inilah rupanya resepi kerang berapi apabila siap dimasak...emmm..nampak pelikkan dimasak dgn kulit2nya sekali!!!  mula2 tu ceq pun mcm pelik..tp bila rasa....emmm...sodap!!! 
kena pulak dimakan dengan roti..... perghhhh..... makan dgn nasi pun boleh jugak...tp ceq cuba makan dengan roti canai... haaaa... pun sodap jugak!!! tapi...ceq ada jugak masak resepi ni tanpa kulitnya... lagi senangkan...tak payah nak kopek2 lagi...terus ngap....  nilah rupanya tanpa kulit..

kerang yang siap dikopek..
yg siap dimasak..... so kalau nak ubah resepi ni, cuba korang tambah kunyit & lebihkan serai....tapi tak payahla letak telur tadi..... hehehehe...dah jadik rendang kerang pulak..... emmm...sonang yo...sodap pun sodap...tak caya...bolehla cuba ye.......  kalau korang ada resepi2 yg best pulak.... macam joe dgn resepi mee hoon siamnya yg enak tu..kalau tak keberatan untuk dikongsi bersama resepinya itu...... bolehla post kat sini....... dan kpd kawan2 tu..emailkan resepi2 anda ke xiiumt2ndbatch@gmail.com

~SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~