Friday, November 22, 2013

Result UPSR

Tahniah kepada Farah A'lia binti Muhammad Faiz yang telah menerima keputusan UPSR yang cemerlang,5 A.

Semoga semakin berjaya,insyAllah.

Tahniah untuk mama dan papanya juga,Elis dan Faiz.

Orang baru November 2013

Alhamdulillah,tahniah kepada Junny sekeluarga atas kurniaan putera baru-baru ini.Anak ketiga ini dinamakan Ahmad Qaliph Zuriyel.

Tahniah juga untuk kepada Ada(Shuhada) yang telah selamat menyambut kelahiran anak keempat,Adib Haiqal.

Selamat berpantang.Semoga cepat sihat.

Azrin Said

Assalamualaikum semua.

Takziah kepada Azrin yang diuji dengan denggi baru-baru ini.Alhamdulillah dengan adanya teknologi yang pelbagai berita telah dapat disampaikan antara batch kita sehingga dapat sama-sama mendoakan serta menyumbang kepada Azrin dan keluarganya sebagai tanda persahabatan kita selama ini.

Alhamdulillah ujian ini telah merapatkan semula ukhuwah sesama kita yang semakin jauh atas kekangan yang pelbagai seperti masa,keadaan,tempat dan sebagainya.

Kami bagi pihak admin mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan dalam hal ini.
Gambar kenangan Tamizi,Azmir dan Adrilayanti mengunjungi keluarga Azrin di Pendang selepas Azrin discaj,alhamdulillah.

Kini kembali

Assalamualaikum semua....

Apa khabar?Lama tiada update dari blog ni...dah lebih daripada sawang dah rasanya.

Tapi tak apa sekarang banyak kaedah kita boleh bertukar cerita dan berita.Ada FB,twitter,WA,WeChat dan lain-lainnya.Tetapi itu semua bersifat privasi kan?Blog ini lebih umum jadi mungkin suatu masa jika kita terputus hubungan,bolehlah kita atau anak-anak kita lihat di sini.

Saya bagi pihak admin yang ada memohon maaf atas kekangan update di sini.

Apapun,semoga ukhuwah kita berpanjangan dan diberkati,amin.

Salam ukhuwwah dan selamat bercuti buat anak-anak yang bersekolah.