Wednesday, January 13, 2010

~CUTI-CUTI MALAYSIA





Selalunya bila bercakap tentang cuti2 malaysia ni..atau juga cuti2 luar negara.. ianya begitu sinonim dengan cuti sekolah... tapi bg kami sekeluarga..cuti2 malaysia ialah pada hari bekerja dan hari2 bersekolah atau pada hujung minggu yg tidak bersambung dengan mana2 public holiday yg lain. Jarang2 sekali kami sekeluarga bercuti pada musim sekolah...semata2 untuk mengelakkan kesesakkan serta orang ramai di satu2 tempat...

Maka hendak dijadikan cerita, pada awal January yg lepas, kami sekeluarga sempat bercuti2 malaysia ke Cameron Highland. walaupun bukanlah niat sebenar penulis hendak menceritakan keseronokkan di sana tapi kisah disebalik percutian kami di sana..... emmm... tapi apa yg dapat kami sharekan bersama kawan2, ialah keadaan cuaca di cameron yg rasanya taklah sesejok seperti dulu..kalau dulu, bila bercakap..keluar asap2 dr mulut.. tapi sekarang.. ramai je amoi2 yg hanya berskirt atau berseluar pendek serta baju tanpa lengan merayau2 di pekan brinchang tak kira siang dan malam...hehehe.. so, kepada kawan2 yg berhajat nak pergi tu...bolehla membawa keluarga ke sana.

Nak dijadikan cerita, sewaktu pergi tu, kami sekeluarga mengalami kemalangan kecil.. kereta rosak di tgh2 hutan.. tp alhamdulillah..ada beberapa org yg telah menolong kami sehinggakan niat untuk bercuti dapat diteruskan jua.... dan salah seorang yg begitu bersusah payah menolong kami ialah kawan kita iaitu Faizal Kamarudin yg dikenali sebagai DOI, serta isterinya yg tercinta, kawan kita jugak, NOLLY. masih ingatkah anda kepada mereka?

Memandangkan mereka menetap di Taman Meru, berdekatan dengan Tol Simpang Pulai & Tol Jelapang.. maka pada hari kami pulang, sempatlah kami singgah ke rumah mereka. Siap makan tengahari lagi.. kemudian Doi tolong pulak carikan kami mekanik di sana.. emmm..bukan setakat itu saja.. kami diajak pula bermalam di rumah mereka.. dengan kehadiran ahli keluarga Nolly dari sabak bernam & keluarga Doi dari Taiping, dapat pulak "makan besar" malam tu. Doi & Nolly menghidangkan Steambot istimewa sehingga kami kekenyangan.... meriah sungguh.

Dan keesokkan harinya.. kami berangkat pulang ke KL dengan sarat buah tangan dari DOI & NOLLY. Buah cempedak, buah pisang, cempedak goreng..... makan tengahari lagi.. TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DARI KAMI SEKELUARGA... Gembira betul sbb dapat jumpa kawan2 yg telah lama tak berjumpa.. rasanya last jumpa, waktu grad tahun 2001 dulu... bayangkanlah lamanya...... Kini, DOI & NOLLY pun dah ada 2 org hero yg ensem. Yang sulung, Alif berumur 5 thn nak masok 6 (bak kata najla) dan yg kecik, Akif berusia 11 bulan.

Bila difikir2... walaupun ada halangan yg menimpa kami sekeluarga, tetap ada kegembiraan disebaliknya.. bak kata pepatah " ADA HIKMAH DISEBALIK SETIAP KEJADIAN" bak kata DOI " KALAU TAK SEBAB KERETA KAMI ROSAK, TAK DATANGLAH KAMI KE RUMAH MEREKA" dan bak kata penulis sendiri "KALAU TAK PERGI KE RUMAH MEREKA NI, TAKDE BERITALAH NAK UPDATE KAT BLOG TENTANG KISAH KAWAN2" hehehe.

Akhir kata, terima kasih daun keladi..ada masa kami nak datang lagi... TERIMA kasih yg tak terhingga buat DOI & NOLLY. Semoga dapat kita berjumpa lagi...insya allah next gathering di utara.. boleh kita bersua lagi...insya allah!!!


~CUTI-CUTI MALAYSIA - CAMERON HIGHLAND
~EN PUTRA DAN KELUARGA


~BERSAMA NOLLY & DOI a.k.a FAIZAL KAMARUDIN

~NAJLA MEMERHATIKAN AUNTY NOLLY MEMBERSIHKAN RUMAH RABBIT


~AKSI NAJLA & ALIF

~SEBELUM PULANG KE KL.

~SALAM TAHUN BARU.

ASSALAMUALAIKUM

Salam buat semua rakan taulan di mana saja berada.. yg sibok dgn anak2 yg baru masok sekolah..tak kiralah sekolah tadika ke..sekolah darjah satu ke... yg mana menyambut tahun baru dengan kehadiran org baru dalam keluarga..tahniah kami ucapkan.. kepada junny & husband dgn kehadiran baby boy yg ensem, Suhaila Marsidi & husband dgn kehadiran baby girl yg come macam uminya, buat U- Nurul Hana & husband dgn kehadiran baby girl, buat Nonie & husband yg menerima baby girl juga serta tak lupa buat Linda Hashim serta suami yg gembira dgn kehadiran baby boy yg ditunggu2 setelah mendapat 2 puteri... alhamdulillah & tahniah sekali lagi dari kami. Makin bertambahlah anak2 kita...Dan kepada kawan2 yg bakal menyambut kedatangan cahayamata pulak, selamat berjuang ye...semoga segalanya dipermudahkan...amin!

Lama benar tak mengadap & mengupdate blog ni. sehinggakan..ada jugak terbaca di chat box, yg bertanya ke mana menghilang... atau mungkin juga sindiran yg mengatakan mungkin penulis blog ni hanya "hangat2 taik ayam" hehehe..tak gitu? maafla semua.. mmg semenjak dua menjak ni, penulis blog agak busy..busy menguruskan anak yg nak masok sekolah baru, mana nak mengajar di rumah..sibok juga dgn hero yg semakin melasak....

walaupun ada cerita2 terbaru tentang activiti2 kawan2 kita..niat untuk diabdikan di blog ini, terbantot begitu sahaja. Tapi bukan disebabkan sibok, tetapi.. rasa2nya cerita yg sama seperti "makan2 di rumah si polan" ..."melepak di teratak si anu" .. dan juga oleh " kawan2 yg sama" spt "cerita2 rombongan cik kiah" .. bukan tak mau..tapi tak nakla nanti balik2 cerita yg sama...
ADA MASA, TERTUNGGU2 JUGAK AKAN BERITA & CERITA2 YG BOLEH DIKONGSI BERSAMA DARI KAWAN2 YG LAIN..YG JAUH DIPANDANGAN... YG DAH LAMA TAK JUMPA.. BARULAH SERONOK BERTANYA KABAR........DAN SEHINGGA KINI..MASIH LAGI TERNANTI2 AGAR ADA KAWAN2 YG SUDI BERSAMA2 KAMI....

Tapi ada jugak yg tak nak bersuara di blog ni.. hanya sekadar pemerhati luar sahaja... alamak kawan2..janganlah macam ni... sebabnya takot nak bersuara..takot2 dibidas atau dicantas...JANGANLAH WAHAI KAWAN2 SEKALIAN! ..TAKDE MAKNANYA NAK BERCANTAS MANTAS DI SINI... SEKADAR BERTUKAR CERITA DAN MERAPATKAN SILATURAHIM JE.... hehehehe...camana tu?

Akhir kata...semoga tahun baru ni..kita sambut dengan azam yg baru...dengan ikatan silaturrahim yg semakin kukuh serta ukhwah yg akan berpanjangan.... insya allah!


Baby Zahraa' (cahaya mata Suhaila Marsidi yg ke2)


Baby Wajihah Zulfah (cahaya mata Nurul Hana-U yg pertama)