Monday, December 29, 2008

Comiittee's Meeting @ Datin Joe's house.





Date     :  25 December 2008
Venue  :  Datin Joe's house @ Tuanku Jaafar Golf Resort, Seremban.



Seperti N3 yg telah diupdate oleh Datin Joe mengenai mesyuarat menyusun atur semula tentative program 2nd IIUMT Get Together...kali ni ceq nak menokok tambah sedikit pengisiannya.... seperti yg sedia maklum...bukan setakat mesyuarat saja yg berlangsung malah pihak committe yang terdiri daripada Datin Joe sebagai organizer a.k.a tuan rumah, dibantu oleh datin elis, toh puan shida, toh puan masliza, dato' faiz & juga dato' putra....tidak lupa ceq yg telah dilantik secara tak rasmi oleh dato' faiz sebagai committee of IT.... telah dijamu dgn makanan2 yg enak...bukan saja makan tengahari...malah sampai ke makan malam juga turut disediakan oleh pihak tuan rumah...

Pada hari tersebut, 25 December 2008, ceq & dato' putra telah bertolak dari kl ke seremban pada pukul 12 tgh hari..dan kemudiannya sampai di seremban pada pukul 1.30pm.. kami berkesempatan singgah di rumah dato'faiz & datin elis sebelum bersama2 berconvoi ke rumah datin joe.... 



Sesampainya di sana, kelihatan toh puan shida & toh puan Masliza sudah tiba dari KL dan sedang membantu tuan rumah di dapor.... ceq tak dapekla nak menolong...almaklumla..kena kelek baby..hehehe.






haaaa...antara menu of the day untuk committee members. Tuan rumah telah menyajikan nasi tomato bersama kuah dalca, ayam goreng berempah, sambal udang & juga sebagai pencuci mulut, satu menu istimewa iaitu "LAICISCREAM" atau laici + ice cream...... mmg sedap semuanya..( sesapa nak rasa, boleh contact Datin Joe untuk jamuan seterusnya..hehehe)




Penuh lauk pauk yg disajikan, termasok buah2an yg telah diimport khas dari KL.. gambar di atas: kelihatan tuan rumah cuba menyusun atur hidangan di atas meja.....bukan setakat menyusun atur semula tentative program saja ye kawan2......






Gambar sebelah : D'majistret..datin elis & toh puan shida tersenyum sebelum menikmati hidangan.


antara gaya2 para committee sewaktu sessi perbincangan.
Setelah penat berbincang tentang tentative program, Datin Joe memulakan sessi membuat roti jala. Acara ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada datin2 dan toh puan2 yg kurang mahir dalam pembuatan roti jala.... gambar di atas : kelihatan toh puan masliza, toh puan shida sedang berusaha membuat roti jala..manakala datin joe tersenyum bangga dgn roti jalanya bersama kuah gula durian.. Dato' faiz dan dato' Putra tanpa segan silu menghabiskan roti jala yg ada di dlm pinggan yg terhidang.......

Hanya Dato'Faiz & Dato' Putra yg dapat menghadirkan diri pada sessi perbincangan tersebut. Gambar di atas : sempat bergurau senda dan bergambar setelah menjamu selera dengan roti jala & kuah durian sebagai juadah minum petang.


Akhirnya, pada pukul 8.30 malam..setelah menikmati hidangan makan malam, kami semua beransur pulang. Toh Puan shida & toh Puan Mas serta dato'  Putra & datin Alim bertolak ke Kuala Lumpur. Dato' Faiz & datin Elis pulang ke rumah mereka. Dan hasil daripada perbincangan tersebut, sila rujuk tentative program yg telah diupdate oleh Datin Joe selaku organizer.
Terima Kasih.

p/s sesiapa yg teringin menikmati juadah istemewa seperti di atas, sila contact Datin Joe untuk tempahan.

Sunday, December 28, 2008

Berita dari Nurul Khajar & Shaarani....


Salam Maal Hijrah buat semua kengkawan..... semoga kedatangan tahun baru menjanjikan kesejahteraan dan keberkatan buat kita semua... insya allah.

Alhamdulillah.... setelah seminggu dua ni, ceq tak berapa nak sihat...hari ni..dapatlah ceq update blog...membalas email2 dr kawan2....ceq juga nak mohon maaf pada nurul hajar(khajar) & juga shaarani.... almaklumla..dah 3,4 hari antar email...tp ceq tak reply2....maaf nooo.... bukan sengaja..bukan juga terlupa..cuma tidak berkesempatan berbuat demikian....harap dimaafkan.

baiklah.... seperti yg dikatakan...ceq ada menerima 2 email.. ceq sungguh berterima kasih atas sokongan dari kawan2 kita ni, yg juga berusaha menyambung silaturahim yg telah terputus......
Thanks a lot guys!

Email 1: Dari Nurul Hajar (khajar)

Assalamualaikum kengkawan!!!! beberapa ari lps ade anta email, tp tak de balasan. tgk dlm blog pn tak de...sedihnya... (sorry khajar, tak sempat nak bls & update..)
may be tersalah add kot...
tak pe la ari ni saya anta lagi. Seronok dpt ctct kengkawan lama nie. time kasih la pd kak alim yg wat blog ni. klu tak susah gak nak contact kengkawan.
tgk gambo2 korang gi gathering best la...happening sggh, dgn bwk anak masing2 kan...
 
4 ur info, saye dah ade 2 org anak. lain kali la saya upload gambo diorg ek....
Slalu gak denga cite kengkawan dr linda & kak no. hpe 1 day nanti kita dpt jupe smula.
 
bye...bye...wasslam!!!


Email 2 : Dari Shaarani.

Salam semua...
Selama ni aku hanya menjadi pembaca setia je kat blog iium2batch nih...bila baca senyum sensorang je..teringat pulak macam2 cerita masa study dulu especially masa kat KUSZA..

Ni aku nak update gak ni..perkembangan kawan kita si Sahal..dia skrg ngajor kat Kuala Terengganu...dah kawen dah pun tapi sama ada dah ada anak ke belum tak dapat la nak update sbb setiap kali jumpe aku mesti lupa nak tanya...heheheh

Yg lain2 tu tak tau la pulak....Harithun (kak Chun) pun ada kat sini ngajar...difahamkan baru dapat nak penah la terserampak ngan dia dan hubby dia kat Giant makan2..Mum aka Putt (Mumtazah) pun pernah la bertembung dan g rumah aku kalau dia balik rumah laki dia kat Pulau Duyong..

Dasat la korang buat macm2 aktiviti..tapi setakat ni aku dengar je la..memanjang je miss program...program yg company sendiri organize kalau di luar Terengganu pun jarang2 dapat attend...takpe..by 2010 aku diberitahu aku akan ditukarkan semula ke KL atau transfer ke Ipoh...so hopefully dapat la join korang sume nanti..at least walaupun ke Ipoh masih dekat la nak join berbanding kat Trganu yg `berchenta' nak drive kalau balik kg...

So pada kengkawan yang ada hajat ke Ganu meh call la, kalau ada kesempatan boleh la berjumpa..kalau setakat nak belanja makan kat teluk ketapang tu insyaalah bolah diuruskan...(if datang time aku tak bz la) ni update no phone aku 0133509011/ 096674632 (hse)/ 096226366 (office)

chawww...

haaaa..kawan2..apalagi...shaq dah bagi greenlight tu..sesapa yg nak pi Terengganu... shaq nak belanja  makan..yeay!
 

Saturday, December 27, 2008

LAGI BERITA CHERATING!

Satu mesyuarat telah diadakan pada hari Merry Christmas yang lepas oleh Committe2 dan kami telah menyusun atur semula tentative program. Sila rujuk entry yang lepas bertajuk Tentative untuk keterangan lanjut. Satu BBQ dinner akan diadakan pada malam pertama program yang akan diuruskan sendiri oleh pihak Committe. Untuk itu bayaran tambahan sebanyak RM50-00 bagi setiap bilik akan dikenakan untuk menampung kos BBQ DInner, Hadiah Sukaneka kanak2, Cenderahati dan MISC. Pihak Committee mengucapkan jutaan terima kasih di atas pengorbanan, keikhlasan dan kerjasama kawan2 dalam melaksanakan program ini.



Sekian, harap maklum.

Wednesday, December 17, 2008

DEMAM HIJAU KUNING !!


Bila cakap pasal bola..makan bola..minum bola..tido bola...kali ni di negara kita juga terkena demam bola...emm..bukan setakat world cup je orang dok demam bola.. tapi Piala FA..Piala Malaysia pun ramai yg terkena penyakit ni...hehehehe...termasokla gang2 kita ni jugak...

sebenaqnya, N3 ni dah lama dah ceq nak tulih..tp saja jah nak bagi depa ni tertunggu2.. sampai tahap Dato' P suruh ceq update N3 cerita ni walaupun jam dah pukul 1 pagi...ishhh.. ishhh.. lepaih tu..dok kalut inform memba' dia pasai N3 ni jugak...tak abis2 suruh check blog...haha! ceq pun dah naik nak tergelak.. kesian pun ada tgk Dato' P & Dato' T bersembang kat telefon... tak sabar2 nak tgk gambaq depa dlm blog ni...

okla, kembali kita kepada tajuk di atas.. kalau ckp pasal Piala FA, Piala Malaysia, Piala Super...emmm confirm semua tahu.. sapa lagi kalau bukan TEAM  HIJAU KUNING yg juara!! tambah pulak game tu berlangsung kat stadium shah alam.... emmm..apa lagi! semua org kampung dari kodiang..baling...tobiaq...kuala ketil...gurun...kubang teghedeh.. kg ketoi, jitra, changloon..sg petani..malah ke tokai...semua turun ke kl... yg dah sedia ada kat sini...berduyun2..berebut2 membeli ticket... beratur sambil menyanyi :

               "Kedah! Kedah pantang kalah
                Walau sakit jatuh dan rebah
                Bangun lantas semula gagah
                Bujur lalu melintang patah
                Hijau Kuning tanahku
                Darul Aman Negeriku          
                Hijau Kuning tanahku
                Negeri Kedah Negeriku........"

sampai ke ceq ni pun dah terpaksa hafal lagu hijau kuning ni..haha! so..pada 22 June 08, semasa Piala Fa berlangsung kat stadium shah alam.. kawan2 kita ni, Dato' Putra & Dato' Toniq di temani bro Sopi & bro Yau (x-iiumt 3rd batch)...turut menyaksikan perlawanan akhir antara TEAM HIJAU KUNING dan TEAM SELANGOR...

sebagai memenuhi impian Dato' P...Dato' T...ceq uploadla gambaq2 yg sempat dirakamkan pada perlawanan tersebut.. 


 * Dato' Toniq @ Osman menunjukkan lambang peace, tersenyum gumbira dgn kemenangan team hijau kuning*


* penuh gaya oleh dato' P & Dato' T.... bro Yau & bro Sopi agak boring pada malam tersebut gara2 penyokong Kedah yg tak abis2 menyanyikan lagu "HIJAU KUNING"
dalam hati mereka berkata " depa ni nak nyanyi ka nak tgk org main bola???"



* ragam Dato' P & Dato' T semasa perlawanan akhir Piala FA di stadium shah alam.


demam hijau kuning..bukan setakat golongan org2 tua, bapak2 budak..malah dgn anak2 juga dipaksa memakai baju hijau kuning!!!
* gambar sekadar hiasan - aksi anak dato' P yg dipaksa memakai T-shirt hijau kuning ke mana saja pergi!*

news from *what u give , u get back* ..hehe!

Salam semua...

Today, ceq terima lagi satu email.. baca punya baca....oooooohhhh..bertambah lagi sorang anak2 kita...alhamdulillah...isi kandungan email yg ceq terima dari Datin Buesue :

Assalamu'alaikum wrt.wbt.

ni 1st time den nak menyumbang news dlm blog ni...selama nih dok baca&post comment jerk...den bukan apo, den maleh la nak bergiat aktif sgt dlm kojo blog memblog nih, pasal eh den takut nanti kojo den xjalan...ni pun den xbuleh la nak pjg2kan ceghito (walaupun hajat den mmg nak memanjgkan ceghito yg xberapa pjg)

wokeh la gengz...berita terkini (tu pun xla berapa terkini) dr spesis2 kita yg masih setia kat UIA ni:
1. wan salwati dh selamat melahirkan baby girl...nama yg den ingat ada maisarah...blkg eh den xingt la plak...tu pun dah habih pantang dah sbona eh!...sori la terlambat inform.
2. datin intan skg ni dok buat MCL...ado la jumpo sekali skalo, makin kocik yo den tgok dio tu ha...pastu dio sopi, den pun sonyap la...hehehe
3. bro kabu&k.noni (1st batch) pun dah tambah ahli kluarga baru, boy plak..smuo eh 3 la, 2 girl+1boy.

key la...tu yo la kot buat maso ni...
cincau...
 suhailaMARSIDI
*what u give, u get back*


Thank you yo datin buesue, walaupun ekau sibok dongan kejo2 di opis...tapi masih laie buleh meluangkan maso eh... den ni haa sukolah sangat...ado gak oghang yg sudi berkongsi cerito...hehe! lain kali, cubo2lah ekau menulis email laie yo..... den appreciate kerajinan ekau tuh!
apo2 pun....tolong sampaikan salam kami buat mc wan, bro kabu & jugak k.nonie...semoga semuanya sihat sejahtera...amin! akhir kata *what u give, u get back" ....... :)

Tuesday, December 16, 2008

email from bro wahe anuar & bro toniq

Balik dari cuti hari raya eidul adha, disambung dgn cuti hujung minggu pulak..ceq terus check mailbox....heheheh..dah berminggu2 ceq tgk ...takde satu pun email yg masok...boring je..macam takde orang layan je blog ni.. aduh..sedih..

tapi hari ni, bila ceq tgk mailbox..haha! hati berbunga..ada 3, 4 email baru yg tersadai...ceq pulak yg lambat check & reply to senders...alamak...sorryla kengkawan..apa2 pun..jom kita tgk sapa yg bermurah hati berkongsi story utk kita semua.....

 1st email:

From : bro Wahe Anuar (waheanuar@ptp.com.my)

 "Asslamualaikum kengkawan,

 Bila terbaca blog xiiumt2ndbatch minggu lepas, tgerak hati nak join/kongsi same cite dgn kengkawan yg dh lama lost contact. Raya haji lepas sempat jupe ayen (Azrin) dgn wife dia kt pendang. Umah wife dia dgn umah wife aku dekat jer. Borak punya borak, dia cakap madet dah kawin. Tkezut beruk aku… hampeh punya madet! Tak ckp pun kt aku. Anyway, Slmt pengantin baru Madet!!Just to update korang, pasal gathering kt cherating tu… mmg sronok jugak nak jupe kengkwn lama. Tapi disebabkan aku baru dpt 2ndbaby pada 12 Nov 08 lepas, rasanya mcm tak dpt nk join la… sowy la… wife aku pun skrg still kt pendang lagi.. aku membujang kt JB ni sorang2… mkn nasi bungkus laa…

Nnti kalau ada masa nk gi umah Bong and Julie kt JB. Dgr cite Bong dpt keje baru tapi tak sure lg… murah rezeki dia… Ok la… aku nak balik dah ni… balik lewat pun bukan nya blh claim OT. Mengabihkan letrik jer. Ok  Salam!

 ~Wahe Anuar~"

 first of all..ceq nak ucap "bebanyak terima kasih" sbb sudi mengemail dan mengupdate kisah terkini kepada kawan2 semua... syabbasssss bro wahe...appreciatte it!

 haaaa...tgk tu..bila baca email wahe..ceq pun terkejut...oooooooohhhh...wife wahe org pendang ye...baca lagi sikit...laaaaaaaaa...wife ayin org pendang gak ke??.....pastu ceq pun terfikir...."eh! bukan laki ceq pun org pendang gak ka?" ntah2.... sebelah rumah apa...hehehe...kalau macam ni...lps ni..bolehla gang2 yg ada kat pendang buat reunion kat sana yek....

 & kami @ x-iiumt 2nd batch community, nak ucapkan TAHNIAH to bro wahe for your newborn baby.... lps ni..boleh send pic baby pulak...nak gak tgk anak sedara baru kita org....again...THANKS TO WAHE ANUAR!!!!!!!

 2nd email:

from : bro Toniq a.k.a Osman..(hehehe)

assalamualaikum....
syok a gek ada blog geng2 kita.
at least ada gek hubungan kan antara kita.
aku tau a ko memg qajin bab2 ni....
aku..nak ucap tahniah la dkt hang...sampai ke la eje nama aku btoi...memba lama..
tp nak kena bg qamai lg laaa....
aku saja la nak story...11 /12/2008 ..ANAK AKU DAH SUNAT..hehehe.semua geng2 tau,,aku la yg paling galak nikah awai..
tp tak pa...la ni anak aku dah besaq pun...4 orang dah..2 hero,2 heroin
kalau berjumpa nanti..anak2 aku la yg paling senang kenai...yg curly hair adalah anak aku lah...hehehehe
tahun lps aku xdpt follow p pd..wife aku buat kpli..tahun dpn..ok a...
tp 2008 ni..punya la azab life aku..kena jaga anak2.bini aku dok asrama.kat seremban..
tp syok gek..qasa la mcmana jaga anak..padan muka aku..
tp wife aku dah grade..alhamdulillah...
la ni cuti sekolah..aku pun cuti a...tdoq jala.
 
tu je lahhhh...nanti aku story lg a,,pd kwn2..sapa yg termai shah alam..mai la
umah aku..ni alamatnya no.18 jln 18/41c seksyen 18,shah alam....no phone..016 6769218
sms pun ok.....
 
MUHAMMAD

comment utk email bro toniq:

"hehehehe...tq...tq toniq..hang macam tak kenai aku..hehehe biasala kan...mana buleh dok diam ni.. tak cukup keje rumah..jaga anak..masak..mengemas..jaga abe ya..aku mmg tak leh dok diam ni..maklumla..dulu keje pun jadik IT security analyst..8am sampai 8mlm aku ngadap pc..lani dok rumah..aku gian nak ngadap pc gak..tu yg aku buat blog ni...dpt gak contact memba2 lama..betoi dak? kalau takde email & blog ni..aku tak taula anak hang dah sunat...hehehe.."

ok, pada sesapa yg nak pi lunch kat rumah bro toniq, bolehla telefon di no.yg tertera di atas.."sms pun ok" kata bro toniq....

haaa...lupa nak criter, ceq ada received satu email... & kandungan email tersebut 

"my name is papa jassss"

hehehe..rasa2nya ceq tau sapa empunya diri..haaa..ni mesti bro jasrifudin?? betoi dak? laaaaa..awatnya bang jasss..malu ka nak tulih email...hehehehe..jgn malu2..pasni story baik punya wokeh.....

Friday, December 12, 2008

TENTATIVE PROGRAMME (Amended 27/12/2008)

Saturday 7/2/2009
7 Pagi - Berkumpul @ Tol Gombak, bersalam-salaman, ucapan selamat jalan/don't drink and drive, bacaan doa oleh Al-Fadhil Anak Ustaz , Bertolak perlahan-lahan, biar lambat asal selamat.
12 Tengahari - Tiba di Kuantan dan makan tengahari
2 Petang - Check in @ Duta Village Resorts, Cherating
Lepas tu aktiviti bebas melawat kawan-kawan dan kawasan.
Water Sports activities (sapa main, dia bayar. sapa takde duit, main pasir)
Malam - Solat Maghrib berjemaah bersama keluarga di bilik masing2.
8 Malam - BBQ dinner and Kataoke (arranged by Committee)
Tengah Malam - Aktiviti bebas. (Datin2 harap berkumpul bilik Toh Puan Syida... Cikedis sponsored by Syida).
Sunday 8/2/2009
Pagi - Minum pagi beramai2, bayar sendiri-sendiri.
12 Tengahari - Lunch @ Cherating
2 Petang - Balik ke Resort
4 Petang - Sukaneka kanak2 dan keluarga
Acara Kanak2 (yang sedikit mencabar)
1- Jack N Jill (Couples)
2- Humpty Dumpty (All)
3- The Chair is mine! (All)
Acara Dewasa (yang lebih mencabar)
1- Sehati Berdansa (berpasangan suami isteri) yang takde pasangan jaga baby2... hehe!
2- Ku rebut Hatimu (Dato'2 vs Datin2)
3- Mencari Cinta (Dato'2 vs Datin2)
4- Jambatan Kasih (Dato'2 vs Datin2)
5- Bisikan Rindu (Dato'2 vs Datin2)
6- Nostalgia (Dato'2 vs Datin2)
8 Malam - Ikan Bakar @ Tanjung Lumpur (setakat ni tiada sponsor!)
Tengah malam - Lepak @ tepi pantai gosip2 sambil tampar nyamuk.
Monday 9/2/2009
Breakfast sendiri, kemas barang2 sendiri, bayar apa2 yang patut, pusing2 amik gambar
12 tengahari - Check out
1 tengahari - Lunch @ Kuantan
3 petang - Singgah @ rumah Kak Siti.
bersalam-salaman, ucap terima kasih dan selamat tinggal dan Jumpa lagi tahun depan.....

Thursday, December 11, 2008

Berita Dari Utara..Kawan vs Biras?

Aidil Adha lepas, keluarga En.Putra berkesempatan pulang beraya di Tokai, Kedah Darul Aman.
Pada hari raya tersebut, En.Putra & ayahandanya telah melawat seorang rakan ayahandanya kat area rumah gak .
Sampai di rumah tersebut, En Putra agak terkejut kerana terlihat seorang lelaki yg dikenalinya. lain tak bukan..lelaki tersebut ialah kawan kita, Tarmizi... alah..yg putih2 tu.... terkejut jugaklah En Putra, kerana apa yg dia tahu, menantu kepada kawan ayahandanya ialah kawan kita juga, si Hafiz Solomon, org Pontian tu....
Rupa2nya..cerita punya cerita, 2 org sahabat kita ni, bukan setakat sahabat...tapi BERBIRAS!!!!!
alhamdulillah....... tumpang gumbira kita semua..... Hafiz pun dah pernah baca kuthbah hari raya kat masjid kat Bukit Raya tuh.... kebetulan jugak, En Putra bersembahyang raya kat masjid tu...aleh2 tgk yg baca kuthbah ialah Hafiz.... (hehehe..agak2nya..bilalah en putra nak baca khutbah jugak?)
dari kawan dah pun BERBIRAS...... itulah berita dari utara yg menggembirakan kita semua.....

Wednesday, December 10, 2008

Cherating - List of Participants

Status: Sah, confirmed pergi! as at 12/12/2008.


(1) Dato' Faiz, Datin Elis & Anak
(2) Dato' Pak Ya, Datin Alim & 2N
(3) Datin Seri, Suami & Anak2
(4) Datin Junny, Suami & Jalwa Alludra Binti Dato' Muhaimin
(5) Dato' Dr. Yusaini, Suami & Anak
(6) Datin Linda Hashim, Suami & 2 Anak
(7) Toh Puan Mursyida & Toh Puan Lailah
(8) Y.B Dato' Masliza & Datin Kartini @ Kok
(9) Dato' Haris @ Harun sekeluarga
(10) Dato' Mohd Alir Fisthoaniq Sekeluarga
(11) Datin Sue @ Busue & Keluarga
(12) Datin Noraini Ismail & Keluarga



Yang lain2, jom lah....

Tuesday, December 9, 2008

CHERATING, wait for us... February we gather2!

Setelah plan Rombongan CikKiah ke Terengganu menjadi hampeh, CikKiah2 yang sedih pilu sambil kesat air liur ni tetap tak berputus asa. Impian bergather2 and bergosip2 telah menyemarakkan semangat CikKiah2 ni semua untuk memujuk hati masing2 bertukar ke plan B. Maka setelah cadangan demi cadangan dibuat, seteleh mesyuarat tingkap diantara datin2 dan dato' keparat ni berlangsung selama beberapa hari, mengambil kira peserta2 rombongan yang lebih ramai kanak2 dan baby2 dari yang kertu2, maka survey mengatakan takde tempat lain yang lebih sesuai melainkan Cherating seterusnya melupakan hajat2 besar kami untuk beronok2 di pulau idaman hati iaitu Pulau Pangkor. Alasan paling mudah kami bila kami tak sampai hati nak tengok Mak2 baby mengkerah Pak2 baby mengangkut buaian dan bakul susu baby2 naik ferry ke pulau idaman hati. (Bayangkanlah...). Maka semua telah sebulat suara untuk ke Cherating dan memilih Duta Village Resort sebagai tempat persinggahan 2 malam kami iaitu pada 7-9 February 2009. Selaku organizer yang tak berapa nak organized, aku dah dapat confirmation dari 8 keluarga untuk turut serta. Masih mengharap untuk dapatkan seberapa ramai yng lain. Untuk semua kawan2 ex-iiumt2ndbatch , luang-luangkanlah masa untuk ini, sesungguhnya hidup tak berapa lama je lagi, hidup tak bermakna tanpa kawan-kawan, kawan-kawan tak bermakna tanpa keikhlasan, keikhlasan tak bermakna kalau tidak ditunjukkan... Sertailah kami kerana kami pasti menjanjikan satu gathering yang menarik yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Pihak organizer juga mencadangkan beberapa aktiviti 'kekeluargaan' dan "kegatheringan' yang lain yang akan diberitahu kelak... yang penting, akan ada mangsa2 yang akan dibuli (ala... paling kejam pun, kena paksa nyanyi ke, sukaneka ala-ala tadika ceria ke...) Okey apa... So, kawan2 di sekitar Cherating, Kuantan dan sewaktu dengannya, bersedialah menanti kedatangan kami. (Bak kata skrip aku pada Kak Siti Zurainah Mazlan: Kami tak kesah makan dalam paper plate, janji sampai rumah kau). Hehehe... Sekian!
Notakakiku: Sesiapa berminat boleh call saya 0132420310 azura atau lebih dikenali sebagai Joe)

Friday, December 5, 2008

Happy Anniversary!!

kami di x-iiumt 2nd batch community, ingin mengambil kesempatan mengucapkan

"HAPPY ANNIVERSARY YG KE-4"

buat kawan kita "Shaarani Ismail & isteri" bersama 2 org puteri kesayangan..
(tak silap..shaq celebrate kat secret recipe...yahooo...terengganu dah ada secret recipe tu!!!!)
dan juga

buat "Siti Rashidah & Kamal Ezat" yg telah dikurniakan 3 org cahaya mata.

semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan berbahagia ke akhir hayat! amin!!!!

 

PENGUMUMAN!!!!!

SESAPA YG NAK UPDATE SENDIRI KISAH2 TERKINI/INFO DLL.. 
EMAIL TO x-iiumt2ndbatch@gmail.com. 
NANTI CEQ INVITE UTK JOIN JADIK AUTHOR & UPDATE BY URSELF 
DLM BLOG NI. 
& SEBAGAI ORG PERTAMA YG CEQ INVITE IS "DATIN JOE". (to inform about our 2nd gathering nanti) 

yg lain2..mehla join sama..... tak bestla aku soarang je yg ngadap bende alah ni...

En Haris vs En Harun?


dah lama tak dgr cerita dari En Haris a.k.a En harun kita. last jumpa haris sewaktu isterinya melahirkan baby boy yg comel di PPUM pada 16 January 2008. Kami sekeluarga sempat menziarahi isteri & baby beliau di hospital... kalau tak silap ceq, nama baby haris..emm..alamak! lupala pulak..tp yg confirm..ada jugak "hariri"..mcm nama anak Dato'Din & Datin Haifa.

walau camana pun, ceq nak share beberapa keping pic yg ceq amik sewaktu majlis perkahwinan En Haris pada 23 Dec 2006(sebelah pihak perempuan) & 30 Dec 2006 (sebelah haris) di Klang & di Taman Melewati.

SELAMAT PENGANTIN LAMA!!!!!!

  bagai pinang dibelah dua.. sebelah pihak perempuan...


"macam jebat ko haris!..hehehe..sebelah pihak lelaki"


turut dihadiri oleh bro Toniq bersama isteri dan 3 org drpd 4 org anaknya, "yg sulung tinggal dgn nenek dia", kata bro toniq.

Sambutan yg merundum?(ada ke bahasa ni?)


salam semua..memandangkan sambutan terhadap blog ni takla berapa nak memberansangkan..masih blom ramai lagi yg berani nak menampilkan diri masing2 dgn cerita2 lama & terkini,
maka ceq ajelah yg berkobar2 & teruja mengorek cerita2 yg boleh dipaparkan dan dikongsi bersama..(dah kalah michele rancangan melodi lak aku!! jgn kena gam dgn bebudak ni sudah...:P) 
apa2 pun..since blog ni tercreate...ceq nak berterima kasih pada kawan kita Puan Siti Rashidah, kerana beliaulah yg nampaknya begitu bersemangat memberitahu kisah2 terkini kawan2 kita yg lain.... thanks a lot shidah!!! takla ceq mati kutu, memikirkan story apa nak di update..hehehe..
dah kalah wartawan plak ...."shaq (shaarani), nak jadik wartawan cam ko tak dpt,...wartawan dlm blog sendiri pun kira okla...hehehe)"

ingat lagi kisah kawan kita yg baru melangsungkan perkahwinan pada ogos lepas? sapa lagi kalau bukan tepah... alhamdulillah...ceq terima berita dari Puan Siti Rashidah.... shidah bg tau, che tepah kita sekarang dah berbadan dua... & seorang lagi yg bakal menimang cahaya mata ialah kawan kita Anisah.. alhamdulillah...bertambah lagi anak2 kita semua...

kami di x-iiumt 2nd batch community..mendoakan agar tepah & anisah sihat di sepanjang kehamilan..& semoga dikurniakan baby2 yg sihat dan comel..insya allah!


SELAMAT PENGANTIN BARU MAHATHIR.

Date    :  22 Nov 2008
Venue :  Shah Alam

Sorang lagi kawan kita yg telah menamatkan zaman bujangnya... Brother Mahathir. Ingat tak lagi? emm..orgnya yg pemalu..tinggi lampai, pakai cermin mata..& of course handsome.. Bro Mahathir telah ditemukan jodoh dgn seorang gadis shah alam "Asma" namanya.. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Puan Siti Rashidah sekeluarga.


SAMPAIKAN SALAM......"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.........."

Ceq terima amanah drpd kawan kita Puan Siti Rashidah untuk menyampaikan salam drpd salah seorang kawan kita.

"And pada Ahad bebaru ni,adik perempuan kepada Azmir Azahari(student saya)ke majlis menyambut menantu di Banting.So,Azmir bersama isteri dan anak telah berbesar hati mengunjungi kami sekeluarga.Dia minta kim salam kat semua kengkawan.....akak tolong sampaikan salam Azmir ye...Assalamualaikum"

(sumber drpd Puan Siti Rashidah)



Thursday, December 4, 2008

2nd plan of IIUMT Get Together 09'


2nd plan of IIUMT Get Together ni telah termaktub after 1st gathering yg telah berjaya dgn penuh meriahnya & telah diorganized oleh datin alis & dato'faiz. jadi..utk 2nd gathering, kami tertanya2, siapakah yg akan menerajui program kali ini?..dan akhirnya...seorang datin telah menawarkan diri untuk menjadi official organizer..... sapa lagi kalau bukan "Datin Joe"

1st plan yg ceq tau... depa ni nak pi terengganu. bak kata alis, "nak mengimbas kenangan silam" hehehe.... besh gak tu..teringat keropok lekor losong..(time cuti, berebut2 bebudak x-iiumt naik van sekolah yg disewa pergi ke losong, nak bawak blk kampungla kononnya..hehehe)..teringat tok jembal.. waktu ptg..berduyun2la mengayuh basikal..ala2 convoi gitu.. pulun nak mkn keropok lekor & sotong,ikan goreng tepung kat kedai mak cik kat situ. ada plak yg sewa keta.. hehehe..mmg syok.. bila depa ni ckp nak ke terengganu...ceq dah pasang angan2... tak sabar..walaupun dato' putra blom bg kata putus....

but yesterday, ceq dpt berita dr datin alis dlm facebook, datin ckp nak pi cherating pulak.. but details..pls contact datin joe... ohhhh...dah tukaq plan ka??  this morning, tgh laloq dok layan blog ni, dato' putra call, tanya nak join tak depa tu pi cherating.... datin joe bg tau nak stay kat duta sand... haaa?? duta sand? rasanya...ni resort yg en haris keje tu......emm..ada "can" dpt discount..ni mesti bg tau joe...

tp..  last year, cuti2 malaysia family dato' putra pun pi cherating..kita org stay @ Dhe Rhu Beach Resort, yg ada the longest pool tu... best jugak kat situ.... before decide...jom kita survey2 dulu..


DUTA SAND BEACH RESORT


ok, ni resort yg Datin Joe suggest. Duta Sand Beach Resort. Kalau tak silap ceq, resortni under company En Haris a.k.a en harun kita.
mana taukan...boleh mintak discount ke? 

* the pool.....





* room..







DHE RHU BEACH RESORT









yg ni pulak...saje ceq nak share, Dhe Rhu Beach Resort @ cherating jugak. pernah stay kat sini last year..not bad!

LOCATION:
In Mukim Sungai Karang along the stretch of Pantai Beserah. About 20 minutes north of Kuantan or 35 minutes from Kuantan Airport.
the room which I stayed in was quite OK.. emm.. boleh tahan besar jugakla.. kalau bawa anak2 dlm 3, 4 org pun still muat!!

I was quite impressed with the swimming pools. These free-formed pools are nicely landscaped with tropical greenery and man-made islands. . & i love the pools with a large area.... so that u can "mandi manda" kat mana u suka!!!! ahhh.... best betul....

                                                  

so guys... apa lagi...jom cuti2 malaysiabersama X-IIUMT members....... jom pakat2 join!!!

p/s Datin Joe & Datin Alis... kindly email/inform the details & pls leave any comment! Thanks!



Wednesday, December 3, 2008

Joke of the day!!

joke of the day  ni ceq terima from Cik Mum kita... pagi2 lagi dah buat ceq tergelak sorang! hehehe..apa2 pun..MUM, ko mmg best..ada je email yg power2 ko send utk kita org.. jom kita share kat sini plak :

      Peristiwa Di  MalamJUMAAT........
      Renungkan  Bersama Sahabat2 ku.............
       


      Malam Jumaat  


      Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama  isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini.  Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:  empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi  menyusu


      "Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani,  isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka


      " Tak boleh bang. Sebab  anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"


      "  Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas  Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok.  Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan  kerja ibadahnya?


      "BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"


      " Bang!! Anak dah  tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya  dalam jangkamasa yang begitu singkat.


      " SODAQALLAHULAZEEM "


      Tu lah  dahsyat nya malam Jumaat...... 


      gambar sekadar hiasan, pic taken by: alimsharif

Tuesday, December 2, 2008

Riang Ria Raya 08'


Makan2 @ Dato' Putra's home.
Venue : Gardenia Court.
 Date   : Lupala pulak..... :P   

Sempena eid fitri yg lalu, dato' putra ada bg tau ceq yang datin elis & dato' faiz nak dtg beraya di rumah.. teruja mak cik..hehehe.. apa lagi, ceq pun kalutla nak masak segala bagai makanan.. tp yelah kan.. dah yg nak dtg pun cuma dato' faiz 3 beranak. so dato' putra pun suruhla ceq masak yg berpatutan je.... aleh2..haaaa tu dia...satu rombongan cik kiah datang beraya....hahaha...gelabah dato'putra time tu. takot makanan tak cukup...tp biasalakan..datin kalau dah masak..confirm nak lobih.. mmg rezeki korangla.....

"thanks kepada rombongan cik kiah beraya (elis, faiz & farah- joe & anak2, nonie & husband- kak long yusaini& lil' alesya, shida & lailah" 

walaupun food takla sesedap mana, tp dpt menjamu kawan2 lama ni..mmg menggembirakan hati ceq.." joe, jgn pecahkan rahsia puding coktail ceq yg sedap tu noo...heheheh" & tak lupa kepada gang2 pencuci pinggan yg abis licin pinggan mangkok kotor dicuci mereka....(kalau camni..rajinla ceq nak buat mkn2 lagi!...jgn marah haaa)




eh... mana dia si lailah ni?? tak abis lagi basuh pinggan ke?




Datin Joe, Datin Elis & Dato' Faiz's Open House
Date     :  15 November 2008
Venue  :  Datin Joe's bungalow @ Tuanku Jaafar Golf & Country Resort
                Datin Elis's bungalow @ senawang


tak sabar2 ceq & anak ceq nak pi open house dorang ni.. aleh2 on that day, ceq demamla pulak..hujan plak sampai ke malam... sedih tak dpt join.. but..ni ada  ceq copy pic during open house datin elis kita ( lis...ceq copy pic from ur facebook..jgn marah eh...hehehe, joe, kalau ada gambaq time open house dulu...mehla share sama..nanti email ok?)




   antara yang hadir..... ceq yg tak dpt hadir...isk..isk..


                      dato' & datin yg maintain.....





p/s  kepada kengkawan yg nak share story.. jgn malu2.. emailkan kepada xiiumt2ndbatch@gmail.com




Dalam Kenangan

pada awal tahun 2008, ceq ada menerima email drpd kawan kita iaitu MUM, yg mana isi kandungan email itu amat meranjatkan ceq. tetiba air mata dah tak tertahan.. perginya seorang sahabat kita iaitu arwah Azizah Osman pada 27 Februari 2008. diantara isi kandungan email tersebut:

"Semalam..27 February 2008..sahabat kita Azizah Osman telah pulang ke rahmatullah
> dlm satu kemalangan jalanraya di batu pahat...
> Satu kejutan yg sangat hebat buat kita!
> dlm usia 30thn..beliau meninggalkan 3 cahaya mata yg masih kecil.. 
> To recall something about her..she is such a pleasant, friendly & helpful friend..always smile.."


Al Fatihah untuk arwah Azizah, tak lupa juga untuk 2 orang lagi sahabat kita yang telah kembali ke rahmatullah iaitu arwah Brother Sobri & arwah Brother Zainudin........ mereka tetap dihati kita....

1st IIUMT 2nd Batch Gathering 08'



1st IIUMT 2nd Batch Get Together 08'

Date                 :   19th - 20th January 2008
Venue               :   Eagle Ranch, Port Dickson
Organized by    :   Datin Noralis & Dato' Faiz

Participants      :   Datin Junny & Dato' Muhaimin
                              Datin Sri Joe(azura) & suami
                              Datin Linda Hashim & suami
                              Datin Haifa & Dato' Din
                              Datin Nonie & suami
                              Dato' Matt ruzaini & isteri
                              Dato' Putra & Datin Alim
                              Datin Susha & suami
                              Datin Julie
                              Datin Kok
                              Toh Puan Shida
                              Toh Puan Lailah
                            
sempat juga mengadakan birthday party puteri kepada Dato' Putra & Datin Alim iaitu "NAJLA SUFYA" yg ke4..  Gathering yg sgt berjaya.. mak2 datin dpt bergosip sampai terlupa anak2 kat bilik..(hehehe..kesian kat anak2 linda, menangis sampai pak guard pun dtg!), dato2  pun dapat berfoya2 di luar kerana ditinggalkan oleh isteri masing2 yg sibuk bergosip dibilik Toh Puan Shida. again...bravo  kepada organizer, datin Alis & dato' Faiz!!!

pics sepanjang program:


                     Mak2 Datin & Toh Puan Sri.



                             Dato'2 yang hadir.



anak2 - in this  pic: Farah A'lia(puteri Datin Alis & Dato' Faiz), Damia Aisyah(puteri Datin Joe), Najla Sufya(puteri Datin Alim & Dato'Putra), Aludra(puteri Datin Junny &Dato'Muhaimin), 2 org puteri Datin Linda & Rafiq Hariri(putera Datin Haifa & Dato'Din)

                  4th Birthday of Najla Sufya



               berposing maut di tepi kolam oleh datin2.



                       tempat penginapan.



                        

Selamat Pengantin Baru Nonie & Tepa!



SELAMAT PENGANTIN BARU NONIE!
Date     : June 2008
Venue  : Tampin, N9

ok, kali ni ceq dapat berkongsi sama berita yg menggembirakan iaitu seorang kawan kita, Nur Rozaini @ lebih dikenali dgn nama manjanya " NONIE" telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada June 2008 di Tampin, N9. walaupun ceq tidak dapat hadir dimajlis itu, kemeriahan tetap terasa apabila melihat gambar2 hadirin yg hadir (sapa lagi kalau gang2 yg happening tu!) yg dikirim  oleh U (nurul hana).





                        "posing...jgn tak posing..."



SELAMAT PENGANTIN BARU LATIFAH CHAIRUDDIN
Date    :  August 2008
Venue : Bukit Pasir, Muar Johor.

Pada 5 March yg lalu, ceq ada terima email dari sorang kawan kita yg menjemput ke majlis perkahwinan beliau pada August 2008. Haaaa...selamat pengantin baru juga buat Latifah Chairuddin... emm..ceq  tak dapat nak pi kenduri tepa ni.. bukan apa, rasanya ceq tak dpt email susulan dr tepa pasai date sebenar kenduri dia... haaaa...kengkawan, ada sesapa yg pi tak? bolehla share pics pangantin tepa kita ni.....


kami di x-iiumt 2nd batch community berdoa semoga pasangan nonie & suami  juga pasangan Tepa & suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat..... amin!!