Saturday, March 14, 2009

~WEDDING AIZA @ BERJAYA GOLF RESORT



Hari ni wedding aiza & husband @ Berjaya Golf Resort Bukit Jalil. Disebabkan kami sekeluarga tak dapat menghadirkan diri di wedding aiza di ipoh tempoh hari, maka dgn tak sabar2nya... kami sekeluarga pergi ke majlis tersebut. Sesampainya di sana, toniq & isteri menyambut kedatangan kami.... wah happening betul....makanan pun sedap... jom kita layan gambar2 yg sempat kami rakamkan......
                  pengantin yg cun..... aiza khairudin...

                                         mr. toniq & mr. putra.... 
    keluarga mr putra bersama pengantin ~aiza & mazhar

    keluarga mr toniq bersama pengantin di atas pelamin..

          beramai2 bergambar bersama pengantin..

dan pada hari itu juga, pihak pengantin ada mengundang penyanyi yg sangat hebat iaitu saudara Hail Toniq. Beliau menyampaikan lagu KIAN dan berjaya menandingi penyanyi asalnya Mawi.. Hail Toniq mendapat tepukan gemuruh dan gelak yang besar daripada tetamu2 yg hadir....

            Hail Toniq bersama peminatnya..
bukan itu sahaja, majlis perkahwinan aiza dan mazhar yg diadakan di berjaya golf resort bukit jalil itu diserikan dgn kehadiranpengacara glamour Jaafar Onn bersama penyanyi undangan Rohana Jalil & Haiza...... kami sempat bergurau senda dgn abg angkat Hail toniq iaitu Jaafar Onn... (pssstt...alamak... jaafar onn org kampung ceq la....sedara noreen nor la pulak...hehehe..)


dan kami di X-iiumt2ndbatch sekali lagi mengucapkan selamat pengantin baru kepada aiza & mazhar, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.... selamat menempuh alam rumahtangga dan dikurniakan anak2 yg comel macam mama & papanya nanti.... insya allah!

Wednesday, March 11, 2009

~MARI MEMASAK BERSAMA MAK DATIN ALIM




Assalamualaikum...

rasanya dah lama blog ni sunyi dari berita2 sensasi mahupun kisah2 tentang ahli x-iiumt 2nd batch.. hanya kisah duka tentang pemergian org yang tersayang.... apa2 pun Al Fatihah untuk arwah.... oleh itu, untuk menceriakan semula blog kita ni... terpaksalah ceq mencari idea2 baru untuk dikongsi bersama...yelah..memandangkan semua kawan2 hanya menjauhkan diri... diam seribu bahasa... maka terpaksalah den berusaha untuk mengisi ruang2 yang mula kosong antara kita semua..... fikir punya fikir... apalah cerita atau berita yg dapat dikongsi bersama ye? nak tunggu pelawaan kawan2 untuk belanja makan ke, bersantai bersama ke, shopping bersama ke, tgk movie bersama ke, emmm..tak tau bila agaknya.... termenung ceq beberapa hari memikirkannya... akhirnya.. terdetik di hati ceq ni...apa kata ceq kongsi resepi masakan pulak??

bolehlah cik kiah2 kita di luar sana cuba dan dihidangkan untuk suami2 cik kiah... jgn asyik sibuk bekerja saje.... dan pada kawan2 kita yg baru mendirikan rumahtangga tu pulak... bolehla suruh isteri masing2 mencuba.... test tgk depa tu pandai masak ke tidak? hehehehehe... tak pun.... mana tau, kot2 abg2 kita masak pulak utk isteri2 masing2..... wah...... tak ke makin sayang isteri2 anda semua...... betul tak?????

oklah.... untuk resepi pertama, actually resepi ni ceq tgk kat dlm blog sorang kawan. dia kata di johor, tak silap ceq di kluang, ada satu gerai yg menjual masakan ni, dimakan bersama roti.... rasanya punyalah sedap.... maka kawan ceq tu cuba try masak dan menjadi.. apa lagi..ceq yg memang suka memasak ni.... tryla pulak dan mmg betul... rasanya mmg sedap especially bila dimakan dgn roti..... kalau nak rasa..... cubalah acu try test ok..... pastu kita pakat2 komen..mana tau ada sesapa yg boleh update resepi ni pulak........ jom  ke dapur mak datin alim......

* RESEPI MY KERANG BERAPI *

ini ialah resepinya:

BAHAN-BAHANNYA IALAH :

kerang yg telah dicuci dgn gosok periuk... lihat hasilnya...kulitnya bersih dan putih... ceq gosok sebijik2 tu..bayangkanlah berapa lama masa yg di ambil utk membersihkannya...hahhahaahahah!!!

cili merah, bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, cili padi, daun kunyit dan serai.... ikut suka anda...ceq ni kalau masak jarang ikut sukatan... pakai boh je..kalau dah byk kerangnya...tak kan nak ikut resepi asal...so..pandai2la agak sendiri ye..... bahan2 ni semua diblend.

daun kunyit dan serai yg dimayang halus.... lagi banyak lagi sedap!


jangan lupa telur yang dipukul, tepung jagung yg dah dicampur air dan sos tiram.

CARA-CARANYA IALAH :
Tumis bahan2 yg diblend sehingga naik baunya...... then masokkan daun serai...kacau & tunggu till half garing... kemudian ..masokkan pulak daun kunyit tadi... masokkan telur..kacau sampai masak.. tambah air sikit...garam, gula , sos tiram & tepung jagung.... finally... masokkan kerang yg tgh tersengih2 tadi  ..... bila kerang masak...bolehla dihidangkan.dan hasilnya ..jeng..jeng...jeng...

inilah rupanya resepi kerang berapi apabila siap dimasak...emmm..nampak pelikkan dimasak dgn kulit2nya sekali!!!  mula2 tu ceq pun mcm pelik..tp bila rasa....emmm...sodap!!! 
kena pulak dimakan dengan roti..... perghhhh..... makan dgn nasi pun boleh jugak...tp ceq cuba makan dengan roti canai... haaaa... pun sodap jugak!!! tapi...ceq ada jugak masak resepi ni tanpa kulitnya... lagi senangkan...tak payah nak kopek2 lagi...terus ngap....  nilah rupanya tanpa kulit..

kerang yang siap dikopek..
yg siap dimasak..... so kalau nak ubah resepi ni, cuba korang tambah kunyit & lebihkan serai....tapi tak payahla letak telur tadi..... hehehehe...dah jadik rendang kerang pulak..... emmm...sonang yo...sodap pun sodap...tak caya...bolehla cuba ye.......  kalau korang ada resepi2 yg best pulak.... macam joe dgn resepi mee hoon siamnya yg enak tu..kalau tak keberatan untuk dikongsi bersama resepinya itu...... bolehla post kat sini....... dan kpd kawan2 tu..emailkan resepi2 anda ke xiiumt2ndbatch@gmail.com

~SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~

Wednesday, March 4, 2009

~SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA HAFFIZ & LINDA HASHIM



Assalamualaikum... tengahari tadi saya menerima panggilan telefon drpd keluarga di Melaka, menyampaikan satu lagi berita sedih iaitu ayahanda kepada en Haffiz juga bapa mertua kepada Linda Hashim, sahabat kita, telah kembali kerahmatullah tengahari tadi di Melaka. Kami warga X-IIUMT 2nd batch, mengucapkan takziah buat haffiz & linda sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

AL FATIHAH

Tuesday, March 3, 2009

~SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA KAMAL EAZZAT


TAKZIAH UNTUK KELUARGA BRO KAMAL EAZZAT & UKHTIE RASHIDAH.

Kami telah menerima khabar sedih daripada kawan kita En PD, yg mengatakan bahawa pada pagi tadi, sahabat kita bro Kamal Eazzat & isteri Ukhtie Rashidah telah kehilangan Bonda yang dikasihi di Kedah. Diharap bro Kamal Eazzat & Ukhtie Rashidah bersabar dengan ketentuanNYA. Kami di sini mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.... 

AL FATIHAH.

~ SPLASHYY @ POT LUCK PARTY @ GARDENIA COURT





Salam semua, semoga semuanya sentiasa ceria dan dibawah lindungan Yang SATU...insya allah. alhamdulillah...seperti yang diwar2kan, pada hari sabtu yang lepas, telah berlangsungnya majlis Makan2 bersama Dearest Frens @ dgn nama glamournya Splashy Poolside Party di Gardenia Court. Boleh juga dikatakan sebagai POT LUCK Party kerana makanan2 yg sedap itu dibawa oleh kawan2 yg hadir........

walaupun majlis makan2 itu telah diwar2kan di dlm blog, di facebook, di sms kpd kawan dan ada juga jemputan melalui telefon, tetapi masih lagi ramai yg malu utk menyertainya..atau mungkin tiada kelapangan........... hehehe..dan akhirnya..terpaksalah gang2 SS aje yg datang dgn membawa makanan yg banyak.... punyalah banyak... especially si joe@zura...mee hoon nya boleh dibuat kenduri utk 2 block apartment ni haaa... ingatkan nak jamu kawan2 yg bakal dtg......kih..kih..kih...tp takpelah joe...mee hoon siam mu itu telah menjadi hidangan untuk sarapan, lunch & dinner kami sekeluarga esok harinya...hahahahahah! jom layan makan2 time @ gardenia court...... cuma harapan yg masih blom menjadi kenyataan..... kpd kawan2 semua....lain kali mehla join..bawak anak, bini sekali...... kita eratkan hubungan ini........