Wednesday, December 15, 2010

3RD IIUMT GET TOGETHER: TOGETHER IN PANGKOR 2010

to all x- iiumt 2ndbatch, feel free to visit http://www.facebook.com/album.php?aid=168662&id=551419266 TOGETHER IN PANGKOR 2010' WITH LOVE........

Thursday, April 22, 2010

TOGETHER IN PANGKOR - tentative

Meeting di rumah Puan Rafiqha Hanim berjalan lancar walaupun hanya dengan kehadiran muka2 tetap yang kami gelar... Ahli Syok Sendiri yang Cun (ASSC) perghhh... dengan laksa, Pizza Domino, Chocolate Cake Secret Recipe dan Puding yang kesemuanya sangat lazat, kami bermesyuwwarah sehingga ke petang... dan berikut ialah tentative program Together in Pangkor nanti:-


Day 1 (30 April 2010 - Friday)

7.00 pagi - berkumpul di R&R Rawang, sarapan bersama di sana...

11.00 tengahari - PArking dan naik ferry di Jeti Lumut

1 tengahari - solat Jumaat di Masjid Pangkor

2.00 petang - aktiviti bebas

4.00 petang - Watersport / snorkeling / main pasir /main air ...

8.00 malam - makan malam di kedai2 sekeliling hotel....


Day 2 (1 May 2010 - Saturday)

8.00 pagi - sarapan bersama di tepi laut.... (bawak makanan masing2 ye)

10.00 pagi - melawat tempat2 menarik di sekitar pangkor (sewa van/ motor/basikal - bayar sendiri)

12.00 tengahari - makan bebas

4.00 petang - berkumpul di tepi pantai untuk acara sukaneka pantai

8.00 malam - Makan malam BBQ (hanya RM10 per adult/ RM5 per children 4-12 years dan selebihnya akan di sponsor oleh sponsor2 yang budiman) sambil menikmati paduan suara geng Kak Uji dan Abang Hail, geng In-team, geng Ali Terrarosa, geng Feminin, 4U2C kehkehkeh...

9.00 malam - penyampaian hadiah oleh sponsor budiman


Day 3 (2 May 2010 - Sunday)

8.00 pagi - sarapan bersama2 lagi di bawah pokok

9.00 pagi - Perlawanan bola tampar pantai di antara geng kak Uji dan Abang Hail... (mesti join!)

12.00 tengahari - check out dan selamat jalan jumpa lagi tahun depan di Together in..... ?????



PARTICIPANTS (confirmed as at today, paid and entitled to our exclusive and colourful sponsored tshirt including children age 3 above oleh sponsor yang budiman)

(1) Pn. Azura Ahmad & keluarga (from Seremban)
(2) En. Muhammad Faiz & keluarga (from Seremban)
(3) Pn. Suhaila Marsidi & keluarga (from Gombak)
(4) Pn. Hazlinda Ismail & keluarga (from Pendang, Kedah)
(5) Cik Mursyida, Cik Masliza (from Shah Alam)
(6) En. Fakhrur Rozi & kawan (from Gombak)
(7) En. Surya Putra & keluarga (from Gombak)
(8) Pn. Nurul Hana & Pn Yusaini (1 malam shj) (from Shah Alam)
(9) Pn. Julianah Omar & keluarga (from Seremban)
(10) Pn. Haifaul Munirah & keluarga(1 malam shj) (from Perak)
(11) Pn. Haslinda Hashim & keluarga (from Langat)
(12) Pn. Nur Rozaini & keluarga (from Kajang)
(13) En. Faizal (Doy) & keluarga (1 malam shj) (from Ipoh)
(14) Cik Saniah Ismail & CIk Hazirah (from Langkawi)
(15) Pn. Junny & keluarga (from Subang)
(16) En. Fistoniq & keluarga (1malam shj) (from Shah Alam)


SEKIAN, kita merancang Allah menentukan.... Insyaallah

Tuesday, April 13, 2010

TOGETHER IN PANGKOR

Together in Pangkor Pre-Reunion Potluck Meeting




Venue: Rafiqha Hanim's House @ Seremban 2

Date: 17 April 2010

Time: 3 p.m




Marilah datang beramai-ramai....


Wednesday, March 31, 2010

~PENCALONAN YG TERCICIR..



Walaupun penyertaan untuk pertandingan mencipta nama kumpulan kita hampir tamat dalam beberapa jam sahaja lagi.. namun masih ada lagi yang sudi untuk menyumbangkan idea bernas mereka. setelah berdiskusi dgn AJK pertandingan ini iaitu Joe di facebook, maka kami sebulat suara menerima cadangan drpd Nur Rozaini atau lebih dikenali dgn nama CIK NON iaitu
"x-iiztg2nd" . Oleh itu kepada sesiapa yang ingin vote...silake column baru yg telah disediakan... sekian, terima kasih.

Thursday, March 18, 2010

TOGETHER IN PANGKOR... meeting

To all AJK/Sponsors/Participants of Together in Pangkor...



A very santai meeting for 'Together in Pangkor' will be held as follows:-


VENUE: IOI MALL, PUCHONG
DATE: 28th March 2010
TIME: 1p.m

Friday, March 12, 2010

Peraduan mencipta nama kumpulan dan menangi hadiah hebat!



HADIAH UNTUK DIMENANGI!!!!



Sebagaimana yang telah diwar2kan sebelom ini, pihak penganjur telah mencadangkan agar group kita ditukar dengan nama baru yang lebih glamour, sedap didengar dan mudah disebut. Oleh itu, satu pertandingan telah diadakan bagi mencari nama group yang paling indah dan pemenangnya akan menerima hadiah yang sangat istimewa daripada pihak penganjur. Oleh itu kawan2..mari ramai2 kita pakat mencipta nama baru untuk group x-iiumt2ndbatch.! Peraduan terbuka kepada semua warga X-IIUMT 2ND BATCH.

*SILA VOTE PILIHAN ANDA DI RUANGAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH CHAT BOX. PENYERTAAN DIBUKA SEHINGGA 1 APRIL 2010*

Thursday, March 11, 2010

ANY SUGGESTION???

Ada orang kata nama persatuan kita tak glamer...
panjang sangat... susah nak sebut... malas nak sebut
tak cun letak kat Tshirt atau malu nak pakai tshirt yg tulis X-IIUMT2ndBATCH...
apa dah... itu pun nak malu... tak rugged kunun...

takpe la... nak puaskan hati semua pihak....
meh kita suggest satu nama yang sesuai...
yang best... yang ringkas... yang maksudnya indah...
yang bila letak kat t shirt orang ingat brand baju tu...
tapi bukan la ED HARDY ke atau VERSACE ke atau DIOR...
atau MIKE ke.. ABIBAS ke atau GUCCL ke...
tapi kalau iras-iras itu pun boleh la...
tapi sebab kita gunapakai 'ISLAMIC' itu sejak matrik lagi
kita junjung ISLAM itu sejak lahir lagi...
kita wajib fikirkan element itu...

Sesapa nak suggest boleh tulis dengan HURUF BESAR di CHAT BOX di sebelah..
Kita akan pilih yang terbaik dari ladang...
dan masukkan dalam voting box nanti...
lepas tu bolehla vote....


Siapa punya suggestion menang vote... dapat hadiah!!!


SILALAH...

Tuesday, March 9, 2010

WEDDING INVITATION



Walimatul Urus dari kakak pengantin iaitu Pn. Nurul Hana Mohd Ali yang sangat berbesar hati menjemput sahabat-sahabat semua ke Majlis Perkahwinan adik perempuan kesayangannya pada tarikh dan tempat di atas. Semoga dengan kehadiran sahabat semua dapat memeriahkan majlis tersebut.

Moh kita ke laukk... eh silap... ke Bukit Payunggg.... Ganu Kitee...

Monday, March 1, 2010

TOGETHER IN PANGKOR...







Mesyuarat kecil AJK kecil X-IIUMT2ndBATCH dalam rangka percubaan ingin menganjurkan Reunion kecil-kecilan untuk kesekelian kalinya... dan kali ini kami memilih... jeng..jeng..jeng...


PULAU PANGKOR, MALAYSIA
30 April (Jumaat) to 2 Mei 2010 (Ahad)
selama 3 hari 2 malam (jadi hari jumaat tu kena amik cuti la ye...)


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Azura Ahmad @ 0132420310 atau pesanan di laman chatting di sebelah...

Confirmation untuk penyertaan selewat-lewatnya 15 Mac 2010 ini untuk tujuan booking hotel.


*More about this trip....

Hotel
Transportation


dan sila jengah di ruangan Comment di bawah untuk soalan: kenapa Pangkor???

****************************************************************************

Senarai nama confirm pegi as at 9/3/2010
(malas nak jawab banyak kali bila korang tanya 'sapa yg pegi')

(1) Pn. Azura Ahmad & keluarga (from Seremban)
(2) En. Muhammad Faiz & keluarga (from Seremban)
(3) Pn. Suhaila Marsidi & keluarga (from Gombak)
(4) Pn. Hazlinda Ismail & keluarga (from Pendang, Kedah)
(5) Cik Mursyida, Pn. Kartini & Cik Masliza (from Shah Alam)
(6) En. Fakhrur Rozi & kawan (from Gombak)
(7) En. Surya Putra & keluarga (from Gombak)
(8) Pn. Nurul Hana & keluarga (1 malam shj) (from Shah Alam)
(9) Pn. Julianah Omar & keluarga (from Seremban)
(10) Pn. Haifaul Munirah & keluarga(1 malam shj) (from Perak)
(11) Pn. Haslinda Hashim & keluarga (from Langat)
(12) Pn. Nur Rozaini & keluarga (from Kajang)
(13) En. Faizal (Doy) & keluarga (1 malam shj) (from Ipoh)
(14) Cik Saniah Ismail & CIk Hazirah (from Langkawi)
(15) Pn. Nurul Hanim Hassan (1malam shj) (from Ampang)
(16) Pn. Junny & keluarga (from Subang)
(17) En. Fistoniq & keluarga (1malam shj) (from Shah Alam)



Wednesday, January 13, 2010

~CUTI-CUTI MALAYSIA





Selalunya bila bercakap tentang cuti2 malaysia ni..atau juga cuti2 luar negara.. ianya begitu sinonim dengan cuti sekolah... tapi bg kami sekeluarga..cuti2 malaysia ialah pada hari bekerja dan hari2 bersekolah atau pada hujung minggu yg tidak bersambung dengan mana2 public holiday yg lain. Jarang2 sekali kami sekeluarga bercuti pada musim sekolah...semata2 untuk mengelakkan kesesakkan serta orang ramai di satu2 tempat...

Maka hendak dijadikan cerita, pada awal January yg lepas, kami sekeluarga sempat bercuti2 malaysia ke Cameron Highland. walaupun bukanlah niat sebenar penulis hendak menceritakan keseronokkan di sana tapi kisah disebalik percutian kami di sana..... emmm... tapi apa yg dapat kami sharekan bersama kawan2, ialah keadaan cuaca di cameron yg rasanya taklah sesejok seperti dulu..kalau dulu, bila bercakap..keluar asap2 dr mulut.. tapi sekarang.. ramai je amoi2 yg hanya berskirt atau berseluar pendek serta baju tanpa lengan merayau2 di pekan brinchang tak kira siang dan malam...hehehe.. so, kepada kawan2 yg berhajat nak pergi tu...bolehla membawa keluarga ke sana.

Nak dijadikan cerita, sewaktu pergi tu, kami sekeluarga mengalami kemalangan kecil.. kereta rosak di tgh2 hutan.. tp alhamdulillah..ada beberapa org yg telah menolong kami sehinggakan niat untuk bercuti dapat diteruskan jua.... dan salah seorang yg begitu bersusah payah menolong kami ialah kawan kita iaitu Faizal Kamarudin yg dikenali sebagai DOI, serta isterinya yg tercinta, kawan kita jugak, NOLLY. masih ingatkah anda kepada mereka?

Memandangkan mereka menetap di Taman Meru, berdekatan dengan Tol Simpang Pulai & Tol Jelapang.. maka pada hari kami pulang, sempatlah kami singgah ke rumah mereka. Siap makan tengahari lagi.. kemudian Doi tolong pulak carikan kami mekanik di sana.. emmm..bukan setakat itu saja.. kami diajak pula bermalam di rumah mereka.. dengan kehadiran ahli keluarga Nolly dari sabak bernam & keluarga Doi dari Taiping, dapat pulak "makan besar" malam tu. Doi & Nolly menghidangkan Steambot istimewa sehingga kami kekenyangan.... meriah sungguh.

Dan keesokkan harinya.. kami berangkat pulang ke KL dengan sarat buah tangan dari DOI & NOLLY. Buah cempedak, buah pisang, cempedak goreng..... makan tengahari lagi.. TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DARI KAMI SEKELUARGA... Gembira betul sbb dapat jumpa kawan2 yg telah lama tak berjumpa.. rasanya last jumpa, waktu grad tahun 2001 dulu... bayangkanlah lamanya...... Kini, DOI & NOLLY pun dah ada 2 org hero yg ensem. Yang sulung, Alif berumur 5 thn nak masok 6 (bak kata najla) dan yg kecik, Akif berusia 11 bulan.

Bila difikir2... walaupun ada halangan yg menimpa kami sekeluarga, tetap ada kegembiraan disebaliknya.. bak kata pepatah " ADA HIKMAH DISEBALIK SETIAP KEJADIAN" bak kata DOI " KALAU TAK SEBAB KERETA KAMI ROSAK, TAK DATANGLAH KAMI KE RUMAH MEREKA" dan bak kata penulis sendiri "KALAU TAK PERGI KE RUMAH MEREKA NI, TAKDE BERITALAH NAK UPDATE KAT BLOG TENTANG KISAH KAWAN2" hehehe.

Akhir kata, terima kasih daun keladi..ada masa kami nak datang lagi... TERIMA kasih yg tak terhingga buat DOI & NOLLY. Semoga dapat kita berjumpa lagi...insya allah next gathering di utara.. boleh kita bersua lagi...insya allah!!!


~CUTI-CUTI MALAYSIA - CAMERON HIGHLAND
~EN PUTRA DAN KELUARGA


~BERSAMA NOLLY & DOI a.k.a FAIZAL KAMARUDIN

~NAJLA MEMERHATIKAN AUNTY NOLLY MEMBERSIHKAN RUMAH RABBIT


~AKSI NAJLA & ALIF

~SEBELUM PULANG KE KL.

~SALAM TAHUN BARU.

ASSALAMUALAIKUM

Salam buat semua rakan taulan di mana saja berada.. yg sibok dgn anak2 yg baru masok sekolah..tak kiralah sekolah tadika ke..sekolah darjah satu ke... yg mana menyambut tahun baru dengan kehadiran org baru dalam keluarga..tahniah kami ucapkan.. kepada junny & husband dgn kehadiran baby boy yg ensem, Suhaila Marsidi & husband dgn kehadiran baby girl yg come macam uminya, buat U- Nurul Hana & husband dgn kehadiran baby girl, buat Nonie & husband yg menerima baby girl juga serta tak lupa buat Linda Hashim serta suami yg gembira dgn kehadiran baby boy yg ditunggu2 setelah mendapat 2 puteri... alhamdulillah & tahniah sekali lagi dari kami. Makin bertambahlah anak2 kita...Dan kepada kawan2 yg bakal menyambut kedatangan cahayamata pulak, selamat berjuang ye...semoga segalanya dipermudahkan...amin!

Lama benar tak mengadap & mengupdate blog ni. sehinggakan..ada jugak terbaca di chat box, yg bertanya ke mana menghilang... atau mungkin juga sindiran yg mengatakan mungkin penulis blog ni hanya "hangat2 taik ayam" hehehe..tak gitu? maafla semua.. mmg semenjak dua menjak ni, penulis blog agak busy..busy menguruskan anak yg nak masok sekolah baru, mana nak mengajar di rumah..sibok juga dgn hero yg semakin melasak....

walaupun ada cerita2 terbaru tentang activiti2 kawan2 kita..niat untuk diabdikan di blog ini, terbantot begitu sahaja. Tapi bukan disebabkan sibok, tetapi.. rasa2nya cerita yg sama seperti "makan2 di rumah si polan" ..."melepak di teratak si anu" .. dan juga oleh " kawan2 yg sama" spt "cerita2 rombongan cik kiah" .. bukan tak mau..tapi tak nakla nanti balik2 cerita yg sama...
ADA MASA, TERTUNGGU2 JUGAK AKAN BERITA & CERITA2 YG BOLEH DIKONGSI BERSAMA DARI KAWAN2 YG LAIN..YG JAUH DIPANDANGAN... YG DAH LAMA TAK JUMPA.. BARULAH SERONOK BERTANYA KABAR........DAN SEHINGGA KINI..MASIH LAGI TERNANTI2 AGAR ADA KAWAN2 YG SUDI BERSAMA2 KAMI....

Tapi ada jugak yg tak nak bersuara di blog ni.. hanya sekadar pemerhati luar sahaja... alamak kawan2..janganlah macam ni... sebabnya takot nak bersuara..takot2 dibidas atau dicantas...JANGANLAH WAHAI KAWAN2 SEKALIAN! ..TAKDE MAKNANYA NAK BERCANTAS MANTAS DI SINI... SEKADAR BERTUKAR CERITA DAN MERAPATKAN SILATURAHIM JE.... hehehehe...camana tu?

Akhir kata...semoga tahun baru ni..kita sambut dengan azam yg baru...dengan ikatan silaturrahim yg semakin kukuh serta ukhwah yg akan berpanjangan.... insya allah!


Baby Zahraa' (cahaya mata Suhaila Marsidi yg ke2)


Baby Wajihah Zulfah (cahaya mata Nurul Hana-U yg pertama)