Thursday, February 26, 2009

~ SELAMAT PENGANTIN BARU...



Kepada sesapa yang tak pegi Ipoh haritu, meh la layan TV buruk akak ni tengok gambar2 sensasi pengantin AIZA & MAZHAR dan juga kawan2 yang memeriahkan majlis haritu. Walaupun akak bukan professional, kamera akak ni pulak cuma jenis yang kena ketuk2 dulu baru nyala lampunya, tapi gambar2 akak amik ni boleh tahan jugak kelasnya macam D40... auwwwwww.... layan, zassss........

Jangan lupa ye fokus pada gambar2 perasan tak hengat V.I.P2 jemputan tu padahal tengah lapar tak hengat.... dan juga gambar birthday girl yang syok sendiri tak hengat tu lepas balik dari kenduri dan tukar2 baju kat umah Mama Junny... "mama, i miss u la... mama memang kelas.... owhhh... meriah sungguh, happening sungguh kawan2 akak semua..... i loiiikkeeee....


ditulis oleh: Akak Kepoh Tak Hengat A.K.A Akak S.S auwwww...

* YOU ARE OBVIOUSLY CORDIALLY INVITED ! *



HyE AlL, YoU'rE CoRDiaLlY InViTEd To WhAt wE CaLled a "SpLaSHy PoOl SiDe PaRTy"

WhErE  :  GaRDenIa CoUrT PoOl, sRi GoMBaK
WhEn    :  28Th FeBRuaRy 2009, sAtURdAy
TiMe     :   3 pm
MeNu    :  DunNo Yet (PoT LuCk - tak sabar nak tgk dorang bawak apa..hehehe)

Pool side Party? WOW! bikini, swimming trunk???? OHHH..NO! NO!NO! .. its just a LEPAK2 TIME WITH DEAREST FRENS  SAMBIL MAKAN2 ... with  special menu like Yummy Chocolate Cake ElisFaiz & Romeo Pinky juice with soda ..... & d'very special menu........jeng..jeng..jeng.... tungguuuuu!!!!!

So, kepada kawan2 yang berada di sekitar KL/Selangor/Seremban/Melaka dan yg ada kelapangan, jomlah memeriahkan lagi majlis ini, jgn risau.. tema mengikut hukum syara'...tak gitu Joe? jgn malu2..jgn segan2....  kalau nak dtg... pls leave comment @ call Pak Ya untuk keterangan panduan arah...hehehehe...    JOMM AAAAA!!!!

Wednesday, February 25, 2009

Tuan Arpi.. maafkan den yo...



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga x-iiumt 2nd batch ni.... wah..lama betul kawan2 kita semua menyepi.. (selain drpd story 2nd gathering di Cherating baru2 ni... gathering yg berjaya..dan den harap thn depan, lebih ramai lagi yang dapat menyertainya... betul tak?) lama tak terima berita dr korang semua... bz with keje? family? emmm..biasalah tu.. den ni pun agak kelam kabut jugak..balik dr cherating, the 2 kiddos tak berapa sihat.. selsema & batok semula.. yg kakak dah baik...adik pulak baru nak kena.. tu yg kejab ada..kejab takde... memandangkan hari ni en putra ada kat rumah...(dia pulak dah selsema) maka...den pun berkesempatan check email.... mula2 bukak...alahai sodihnya.... takde sapa pun yg antar berita... den pun.. bukak ajelah email lama2...... tiba2!!!!!!!!!!!!!!!!

alamak..... ada satu email yg den terlepas pandang!!!! tolong!! tolong!! aduh..kena marah dgn tuan empunya email la gamaknya den ni nanti!!!! hehehehehehehehe...... nak tau sapa punya email tu??? yg mayb tgh marah kat den sbb tak post kabar berita drnya di sanaaaa..... haaaaa.... jom layan......

"Tahniah kepada blogmaster Pn. Alim yang telah berusaha menyediakan blog ini sbg 
platform utk menyatukan kita semua. Seronok dapat dengar berita kengkawan semua setelah lama 
tak dengar cite....Saya baru je tahu tentang adanya blog ini melalui Jass pada 
malam isnin yang lepas sewaktu keluar minum bersama Amir Hamzah dan Helmi (Bolok). 
Jass yg bagitau ttg blog ni sewaktu saya menelefon beliau pd malam itu, anyway thank to all ...

Saya merasakan masih ramai lagi kengkawan kita dr 2nd Batch yg tak tahu ttg blog ni, kalau tidak tentu mesti lagi meriah ...
Adalah diharapkan kita semua dpt berkumpul dlm blog ini utk mengeratkan silaturahim antara kita semua...

Wassalam.....

RP
Kota Bharu, Kelantan "


ye! email from Tuan Arpi kita yang jauh di Kota Bharu..... hehehe...maaf la awe ..kawe tok peghase email mung.. nak buat guano..kawe dok kalut tok abih2... mung jange maghoh ke kawe.. nanti mung tok seh saing doh ..sedih la awe wei.... hehehe..bilo mung nok maghi sini?...kawe blanjo mung minum air kelapo deh....  (den kena tukar loghat Qlate gara2 nak memujuk Tuan Arpi kita...hehehehe)

ok arpi.... thanks for the email... kalau nak best lagi..antarla gambar family sekali.. boleh kami b'kenal-kenalan... mana tahu..ada rezeki kami ke kota bharu nanti..bolehla tuan arpi kita blanja make nasi kerabu... tak pun make nasik budu atas pasar siti khadijoh.... boleh kan?

Friday, February 20, 2009

~ WEDDING AIZA... IPOH ~

LATEST UPDATE...






PUKUL 10 pagi esok, SABTU 21/2/2009 berkumpul di Jejantas Sg Buloh.

Bagi yg terlewat, kami tunggu di Dewan majlis untuk sama2 konvoi ke rumah DOI..

Monday, February 16, 2009

~ALBUM OF TOGETHER IN CHERATING


Assalamualaikum semua.....

Masih berkisarkan tentang kegembiraan kami semua di cherating... gambar2 yang sempat diambil.. menggambarkan keriangan kami bersama.... dengan harapan..kegembiraan ini & hubungan yang erat akan terus terjalin hingga ke akhir hayat.....insya allah................



ketika sama2 menikmati sotong goreng tepung, keropok lekor & ayaq nyoq @ medan selera black stone...... 
                           geng kesatria baja hitam ..... 
kami juga mempunyai 2 orang pembantu dari warga asing untuk tolong mana2 yang patut...
pembantu lelaki : warga bangladesh a.k.a osman pandey (sedang mencuci air yg tumpah)
pembantu wanita : warga indon a.k.a akak sutinah....(sedang menghidangkan air minuman kpd peserta) hahahaha...jgn marah ehhhhhh....... gurau jeeeeerrrr....

abg mat over yg ketiduran akibat kekenyangan.... abe ya yang hampir2 terlena..ian nawfal mengikut jejak uncle mat over........zzzzzzzzzzz

dan gambar di atas ialah wajah2 anak2kita yang insya allah menjadi penghubung silaturrahim antara kita.... semoga perkenalan & hubungan mereka terus berkekalan.... dan alhamdulillah...sebagai membuktikan gathering kami ini telah berjaya dgn jayanya...."HUBUNGAN KAWAN AKAN MENJADI HUBUNGAN BESAN NANTI!!! DAH ADA YG CUBA MERAPATKAN HUBUNGAN ANAK2 MEREKA.... HAHAHAH..LPS NI KITA MKN NASIK MINYAK ANAK2 KITA PULAK....!!!!" joe & sue.... tak sabar rasanya......


WAJAH2 CERIA ANAK2 KITA :

anak2 en toniq & puan anne

anak2 puan linda & en haffiz

anak2 puan joe & en azman (bakal berbesan dgn puan sue & en norimi.... semoga menjadi cita2 korang nak berbesan 24 thn akan datang....  arif & zahraa ...wahhh sesuwai tu..)

anak2 en putra a.k.a abe ya & puan alim (wei..ada sesapa yg nak berbesan ngan kita org tak? agak2nya kalau ian & jalwa sesuwai tak? cinta tak mengenal umur......hehehehehe...puan junny & en muhaimin..adakah lamaran kami di terima?)

anak2 puan junny & en muhaimin, en harris & puan ida, puan sue & en norimi (besan joe)

dan ini ialah farah anak en faiz & puan elis..ada sesapa  yg berkenan nak buat menantu? 



dan akhir kata sebagai penutup untuk N3 TOGETHER IN CHERATING 2009, kami berharap hubungan yg berpanjangan diiringi keikhlasan dan keberkatan...semoga kita semua berjumpa di "TOGETHER IN........................2010" dgn lebih ramai lagi kawan2 yg dapat menyertai....insya allah...........

Sunday, February 15, 2009

~ WALIMATUL URUS {AIZA KHAIRUDDIN & MOHD MAZHAR} ~

Pengantin dan keluarga memehon maaf di atas kelewatan mengedarkan kad jemputan atas masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Memohon maaf juga tidak dapat menghantar kad jemputan ini ke setiap mail box kawan-kawan kerana kesuntukan masa. Untuk itu pengantin dan keluarga amat berbesar hati sekira kawan-kawan ex-iiumt semua dan semua yang mengenali beliau dapat bersama-sama memeriahkan majlis yang telah ditetapkan seperti di bawah ini.....



Kami di x-iiumt2ndbatch berdoa agar majlis dapat dilansungkan dengan sempurna dan kebahagian milik mereka sehingga ke akhir hayat.... Amiiinnn

Friday, February 13, 2009

~TOGETHER IN CHERATING 2009 - DAY 3


DAY 3 - MONDAY / 9th FEBRUARY 2009

Assalamualaikum semua... berjumpa kita sekali lagi di hari yang ketiga.. hari terakhir kami di cherating... walaupun di dasar lubuk hati masing2 berkata "alaa..kejab je dah nak balik...." penuh dengan perasaan sedih kerana kami semua akan pulang ke rumah masing2... tapi kami cuba untuk tidak menunjukkan di riak wajah kami..oleh itu dengan penuh semangat...pagi2 lagi kami semua dah bangun dan bersantai bersama2 di tepi pantai... hari ni, di hari terakhir ini, kami semua bersarapan di tepi pantai... abg2 hero idaman malaya semuanya keluar mencari sarapan... ada nasi lemak..ada nasi minyak, ada juga roti canai, air milo panas dan juga air teh tarik..... terima kasih kepada semua pensponsor2 sarapan pagi kami.... kalau nak tahu... kami semua rasa sgt gembira dan tidak berkira dalam pengeluaran wang dan rezeki yang Tuhan Esa kurniakan ini... kita share sama2...semoga lepas ni..rezeki kita semua akan melimpah ruah...tak gitu kawan2  (statement dikeluarkan kerana penulis blog tidak berapa setuju dgn usul untuk memberikan elaun RM100 kepada peserta2 next gathering, sbg satu usaha utk meramaikan lagi kawan2 yg akan join - macam tak ikhlas je pengusul itu kan? jangan marah ye ..sekadar pendapat penulis blog...hehehehe lawak sbb topic ini menjadi tajuk perbualan yg hangat! hahaha!)

seronok dapat bersarapan ramai2 di tepi pantai... satu kenangan yang tak akan kami lupakan.. anak2 pula seronok bercerita tentang auntie2 & uncle2 baru mereka (joe, najla asyik cerita pasal auntie joe & uncle daddy k.aisyah je..bila tgk gambar ko mesti nak jerit nama" AUNTIE JOE!" ko jampi apa kat anak aku nih ?"
gambar atas: wajah2 keriangan kami selepas bersarapan bersama2 di tepi pantai.... kelihatan puan junny bersama jalwa, puan joe yg tak abis2 tersenyum kekenyangan, puan elis yg sudah mandi pagi..... bagi hero2 idaman malaya pulak... activiti mereka selepas sarapan ialah main beachball... alahai.... "act je lobih..sat2 jatuh..sat2 makan pasiaq" statement khas ditujukan kepada abg mat over....

dan akhirnya...acara yang ditunggu2..acara kemuncak "TOGETHER IN CHERATING 2009", yang telah membawa kemenangan besar dan seribu satu memori kepada kita semua iaitu acara "VOLLEYBALL MATCH" antara TEAM WANITA YG MEGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGONCANG DUNIA" dan "TEAM KEKUDA KETAQ MAKAN PASIAQ" jom kita saksikan dan imbas kembali detik2 indah itu.....
gambar atas : team kekuda ketaq makan pasiaq : en faiz a.k.a abg mat over, en pak ya a.k.a abe ya, en min dgn spec hitamnya, en hafiz dgn aura perotnya & selaku naib ketua kumpulan ini ialah, en haris a.k.a latip borgiba. gambar bawah ialah team wanita yg terdiri drpd  mas@jangguem yg ditakuti oleh pemuda berbaju kuning berseluar biru, syidah, joe, elis yg tak pernah pukul bola, lailah, kok & sue.... 
mari pula kita saksikan antara aksi2 terbaik pemain2 TEAM KEKUDA KETAQ MAKAN PASIAQ...

pergggghhhh.. aksi terlampau team kekuda ketaq makan pasiaq...  en min ketika membuat balingan.... (ingat kita org takut kaaa???? ) en putra a.k.a abe ya dgn gaya tangan kuntaunya... hahaha...gaya saja lebeeyyyyyyy......... tapi makan pasiaq jugak.....
gambar atas: cuba anda saksikan gambar ini, kelihatan en scovir muhaimin dgn penuh gaya menyambut bola, TETAPI..... pemuda berbaju kuning berseluar biru kelihatan agak takut2.. dengan wajah yang cuak sambil tangannya menggetel baju kuningnya itu... takut2 dismash oleh mas @ jangguem....kwang..kwang..kwang.......

dan tibalah masanya untuk kita saksikan shot2 teranggun pemain2 wanita kita yang bakal menjadi pemain negara nanti..... YEHAAAAA!!!!!!
puan elis berjaya juga memukul bola..hahahahha..satu pencapaian yang paling unggul dalam hidupnya... sue yg berjaya menyumbangkan byk mata kepada team wanita...... bravo!
yaaaaaa!!!!!!! dan itu dia aksi paling power!!!! mas @jangguem yang digeruni oleh team kekuda ketaq makan pasiaq....... sehingga terkeluar satu statement dari mulut pemuda berbaju kuning " wei..jaga2..yg ni power ni" hahahaha...dan juga aksi "pukulan berbisa" dari joe...apa ingat abe ya je ada pukulan "tangan kuntau"?...hahahahahaha!!!! dan itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kami semua....
gelagat anak2 kami di swimming pool sebelom bersiap pulang..

dan gambar di atas ini ialah Ian Nawfal atau lebih dikenali dengan nama "Baby Romeo" dikalangan wanita2 jelita.. baby yang suka dikelilingi oleh anak2 dara sahaja... tak caya...lihatlah renungannya itu....
gambar bawah : pose untuk majalah mangga bulan march 2009. model : abg mat over & ahmad scovir.


12.30pm:

kemudian, pada pukul 12.30pm, tibalah masa untuk check out, kami berkumpul di lobby dan untuk kali terakhir kami bergambar bersama2. Walaupun wajah2 kami penuh keriangan, tapi di dalam hati rasa sedih yg teramat..dan sempat memikirkan ke mana pula agaknya "TOGETHER IN ......................... 2010"  
gambar atas : barisan atas: linda hashim, elis, masliza, lailah, zahraa, sue, alim, syidah, ian nawfal, kok, jalwa, junny, ida & joe(yg terselit belakang tiang)
barisan tengah: norimi, najla, hannan, aisyah (terselit spt mamanya juga), haris, mukhriz & min.
barisan depan : faiz, haffiz, putra, arif(pusing belakang) & en azman. (eh, di manakah dia farah ye?)

Thursday, February 12, 2009

~TOGETHER IN CHERATING - DAY 2


DAY 2 - SUNDAY/ 8th FEBRUARY 2009

Berjumpa kita di hari kedua...wah...pagi yang indah..bersama tiupan angin sepoi2 bahasa di tepian pantai... pagi ni kami beractiviti bebas.. jadi, sebahagian dari kami seperti keluarga joe, keluarga en faiz, keluarga ribena -mas, syidah, lailah & kok beramai2 melepak di tepi pantai sambil menikmati sarapan pagi...... wahhh best tuh.... walaupun keluarga en putra dan yang lain2 tidak dapat join sama..... (gara2 en putra a.k.a abe ya bgn lambat) tapi kami tetap  merasakan keseronokkan tersebut... 

11.30am:
pada hari yang kedua ini, kami semua telah mendapat undangan makan tengahari di rumah KAK SITI ZURAINAH (org melaka tu).. tak sabar nak jumpa dia..tapi sebelom tu jugak, kami semua mengadakan sessi mangambil gambar beramai2 lagi..malangnya pada kali ini, en haris & puan ida tidak dapat bersama kerana telah keluar ke kuantan..... nak tgk gelagat kita semua...jom layan....................
gambar atas: candid... sedang menyusun atur tempat masing2... mak2, bapak2 dan anak2.... kelihatan puan photographer sedang menyusun atur semula... walaupun gambarnya hanya nampak belakang sahaje..dia tetap gembira....

gambar di atas adalah gambar yg di ambil oleh puan photographer.. yg sedihnya puan photographer tiada di dlm gambar tersebut. oleh sbb itu, kami meminta seorang staff di situ utk mengambil gambar kami..... dan hasilnya..
gambar yg agak blurr yg membuatkan hati puan photographer tak keruan...isshhhh..time aku ada jek, gambar mesti tak elok.... maka..dgn rasa berbesar hatinya..puan photographer mengambil gambar semula...saksikan wajah2 kegembiraan kami.....



LUNCH @ KAK SITI'S HOUSE:

setelah berposing ala2 nak melompat tapi tak menjadik...akhirnya kami semua berconvoi ke rumah kak siti zurainah.. kat mana ye? tapi yg tau, jalan menuju ke gambang... kami semua berkumpul di stesen minyak shell sambil menanti kedatangan husband kak siti. setibanya en husband kak siti (sapa ye nama husband kak siti itu?), kami semua menuju ke rumahnya.... wah... semuanya sudah tersedia.. suka mak cik2 ni... yg penting, kami semua amat kagum dgn kak siti, dengan anak kecik, kembar lagi... dia sempat masak pelbagai lauk pauk hanya untuk menjamu kita..... 
antara menu yang disediakan oleh kak siti : kari daging, ayam goreng berempah, sayur campur, pepedom, ikan kering dan juga puding buah. eeemmmm bukan main sedap lagik...sampai ada yg bertambah2 makan nasik... hehehe..
bukan setakat makan kat rumah kak siti je...tapi siap tapau lagik!! haaa..yang ni bukan joe yang mintak tapau..tapi hasil usahanya berbalas pantun dengan kak siti.. siapa yg menang..dapat bawak balik lauk pauk lebih..kah..kah..kah... gambar bawah: aksi2 kami di rumah kak siti, kelihatan tuan rumah kepenatan, bergambar bersama anak2nya.
begitu bersungguh2 mereka menikmati hidangan.. aii abe ya..makan gapo dio gak sampai muncung2 tuh?

dah kenyang..dah berborak.. akhirnya kami mengundurkan diri..sebelom tu..kami sempat jugak bergambar bersama tuan rumah.... tapi yang kelakarnya ..tengah posing2 tu...tiba2 " gedebang!!!!" alamak!!! tong air dah terbalik!!!!  alahai...kesian kat yanie...budak kecik..dia tak bersalah... tapi ada baik jugak dari insiden yg berlaku itu... kami dapat tahu, yang kak siti zurainah ada seorang pembantu rumah dari bangladesh... MAT BANGLA!!! wah hebat betul pembantu tuh..... ada classss!!! hahahaha!
selepas lunch @ kak siti's house, kita org plan nak pekena roti bakar pulak kat kemaman..  pada sebelah petangnya, en muhaimin ajak lawan volleyball.. haaa.. ni yg aku taula...  tak tau plak korang semua plan nak pi mkn rumah suraya a.k.a nenek ghanu! mungkin berita ini tidak disampaikan oleh en faiz kpd en pak ya, atau mungkin jugak sudah disampaikan..tapi en pak ya yg tidak memberitahu aku...akhirnya..aku melepas makan soto rumah nenek ghanu & mkn malam @ mayien's house...... adehhhhh....... so, kepada sesapa yg ada amik gambar masa kat rumah nenek ghanu & rumah mayien... bolehla post kat blog ni ye....

oleh kerana activiti korang semua sampai ke malam, maka en putra a.k.a abe ya & en haris @ latip borgiba berdua sahaja yg bermain2 dipasiran pantai...berkejar-kejaran sesama mereka.... yg aku plak... kempunan nak makan roti cecah kari daging kak siti.. sbbnya kari dah dapat tapau, roti pulak junny nak sponsor...... tak dapat roti bakar kemaman, roti cecah kari pun ok jugak... akhirnya...2, 2 roti aku melepas...kah..kah..kah..kah...  so, sebelah malamnya..activiti bebas, kita jumpa di hari ketiga .....tunggguuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 11, 2009

~ TOGETHER IN CHERATING 2009- DAY 1(PART 2)


DAY 1 - PART 2

Kita sambung semula activiti kita di hari pertama -bhgn kedua. masih lagi berkisarkan kisah2 di tepian pantai selepas acara SUKANEKA. di sini, ceq sertakan sebahagian gambar2 yg sempat di ambil menandakan yg kami semua sungguh gembira dan ceria bersama2 di Cherating..... layannnnn.........

(gambar atas : en osman yg sungguh gembira kerana hampir semua acara sukaneka dimenangi oleh keluarganya..kira sapu bersihlaaaa..... TEAM MERAH yg happening... gelak sampai sakit urat perot...hahahahaha)
bergambar bersama setelah penat bersukaneka.. control kak...jangan tak control... gambar bawah: hero2 idaman malaya sesak nafas akibat menahan perot.... hehehe..kelihatan en osman cuba membantu en haris  menekan perotnya yg........ kwang..kwang..kwang...

dan bagi aku..inilah gambar yang paling cantik sekali..setelah dicrop dan diedit semula...penuh dengan nilai2 kesenian yg tinggi...hahahahahaha!

selain bersukaneka, en osman & en faiz meneruskan activiti mereka dengan bermain ping pong. diperhatikan oleh en haris dan anaknya mukhriz..

manakala anak2 kami tak lepas peluang bermandi manda di swimming pool.. dan dikawal rapi oleh Beach Boy kita, En Azman yg prihatin. 



8.30pm :
Activiti diteruskan pada sebelah malamnya iaitu BBQ Nite. Ketibaan para peserta di PATIO sambil diiringi muzik yg indah.. berkumpul bersama2 sebelom memulakan acara.gambar bawah: joe, apsal  ko lentok lain macam je joe? hahaha!
kemudian diikuti oleh ucapan pembukaan oleh datin joe selaku organizer, dan juga pembacaan doa oleh ustaz Toniq.. en faiz a.k.a abg mat over turut memberikan ucapan penghargaan  kepada semua comittee, pensponsor2 & semua yg menjayakan "TOGETHER IN CHERATING 2009"
dan kemudian...acara makan2 pun bermula............antara menu yang terdapat di malam BBQ nite:

selesai menjamu selera, semua pulang ke bilik masing2...... jumpa di hari yg kedua.....tungguuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!