Monday, January 26, 2009

LAWATAN SEKOLAH BERSAMA USTAZ.




Tajuk : Lawatan Sekolah Bersama Ustaz.

Pada hari Sabtu yang lepas, seorang ustaz bersama rombongan anak2nya seramai 4 orang dan isterinya, juga seorang guru, telah mengadakan lawatan ke rumah En Putra dan isterinya Puan Alim. Ustaz yang ensem dan gagah tapi berjiwa manja itu ialah ustaz Toniq dan isterinya Cikgu Anne. Dalam lawatan tergempar tersebut, Ustaz Toniq agak kempunan untuk menikmati asam pedas Puan Alim yang istimewa. Ini kerana beliau hanya menelefon En Putra sewaktu En putra dan Puan Alim tiada di rumah. Maka, hanya goreng pisang & kuih muih yang dibeli sahaja menjadi hidangan.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menziarahi En Putra yang sudah lama tidak ditemui. Manakala Puan Alim sempat berbual mesra dengan Cikgu Anne yg juga teman lamanya di universiti dan baru mula mengajar di Muar. Dalam perbualan mereka, akhirnya satu rahsia besar dalam hidup Ustaz Toniq telah terbongkar apabila salah seorang anaknya menunjukkan seekor anak ular getah kepadanya. Ketika ustaz Toniq bergaya macho ala2 hero pelakon bangladesh, tiba2 dia terus bertukar suara dan berubah muka. Rupa2nya ustaz Toniq amat takut dengan segala species ular hatta ular getah sekalipun. Beliau pernah demam hingga seminggu lamanya akibat terlihat ular di dalam rumah. Oleh itu, En Putra dan Puan Alim memanggilnya "Ustaz gagah berjiwa manja" sebagaimana jolokan yg diberikan oleh ustaz Toniq kepada abg jass "  muka ganas suara merdu".........(hehehehehe..)


Ustaz Toniq bergambar bersama En Putra dan kawan mereka En Zafifi.


 anak2 ustaz Toniq bergambar bersama Najla.


Najla & Yanie, rakan sebaya.. Yanie terpaksa pulang dengan hati yg sedih akibat hasratnya untuk mandi kolam bersama najla dihalang oleh ustaz Toniq yg sibuk bersembang dan mengutuk kawan2 lama sambil mengimbas kenangan lama di terengganu dan di main campus, gombak.

walau bagaimanapun, lawatan yg singkat oleh ustaz Toniq bersama rombongan anak2 & isterinya, dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita......... insya allah! 

p/s toniq, lain kali kalau hang nak  makan asam pedas yg lagi "kaw"... jom pi melaka... & juga buat best fren aku en Toniq, aku, Pak Ya & anak2 (najla & nawfal)... nak ucapkan "selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yg ke 10" buat ko & anne. semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke akhir hayat...amin!

8 comments:

Anonymous said...

10 tahun?tahniah...jagalah anak2 dan isteri baik2 no....semoga lebih tabah dan matang dalam perkahwinan,amiiiiin...

Azura Ahmad said...

manja ke pengecut? huahuahua

matt said...

wah toniq, maintain nampak,shuttle lagi ka, turun KL bleh berentap...

Unknown said...

joe...aku bkn pengecut....
aku saja ja..heheheh
tp sebenaqnya mmg aku takut sikit dgn ulaq ni..
hampa nak tau..baqu ni,umah aku masuk ulaq..eeeeeeeeeeee...
aku tido dlm keta a mlm tu..
dok qasa ulaq tu mai kat aku ja...
tp aku dgn beraninya...bunuh jgk ulaq tu..haqap2 tak mai lg ulaq dl umah aku..amin..

Unknown said...

mat...aku la ni main lg badminton...siap ada coach lg..
aku main area shah alam...main open bkt subang...kalah di semi final dgn coach aku gek..
kalu hang ada team..mai kita friendly badminton..bet 3 tabung dah aaaa....ada beran??
badab kena maintain bang,,,,,,
jgn biarkan perut menguasai anda!!!

Unknown said...

tq nony....aku ni pun haqap agar life dan jodoh aku forever amin...anniversery on 19.6.2009....
anak2 aku dah besaq...poning palo den ni haaa...
amiiiinnnnnnnnnn

Unknown said...

10 tahun ....HIKAYAT PENUH RANJAU...
WINGS

Unknown said...

aku p gardenia court tu...mcm2 kengan maneh aku teringat...hahahah
hanya pakya yg tau..
kikikikiki..
benda tu takkan berulang lgi..
sejarah dah dicipta...
maka tinggal sejarah yg paling maneh aku dan kwn2 aku...