Tuesday, February 10, 2009

~ TOGETHER IN CHERATING - DAY 1 (PART 1)



Assalamualaikum semua..... sebagaimana yang ditunggu2 oleh semua peserta "TOGETHER IN CHERATING 2009" dgn penuh rasa ketidaksabaran.. yang begitu teruja & berkobar2... mari kita layari..percutian indah kita ke CHERATING pada 7 - 9 Februari yg lepas......... jommm kita imbas kembali detik2 yg indah itu......... zasssss.......


DAY 1 - SATURDAY / 7th FEBRUARY 2009:

8am :
Seperti yg dijanjikan..semua peserta berkumpul di stesen minyak selepas  membayar tol di tol gombak. Datin Joe & Dato' Azman telah tiba dr Seremban..dan diikuti oleh mas, shida, kok, lailah, cik nun & sue sefamily... mereka menjamu selera di stesen minyak tersebut... 8.30 am.. ketibaan En Putra/abe ya & Puan Alim..sebaik saje tiba, kami terus bersama2 menikmati nasik lemak di situ.... dan sebagai official photographer yg dilantik untuk program ni, ceq tak melepaskan peluang utk mengambil shot2 menarik semasa di stesen minyak BP....

(sempat lagi bergambar...yg sedihnya..gambaq ceq tidak terdapat disini... gaya yg sopan & masih  control ayu oleh peserta2) 

tak lepas peluang... hero2 idaman malaya  sempat juga memberikan pose yg menarik ketika di stesen minyak BP. - gambar atas : En Faiz a.k.a mat over & en putra a.k.a abe ya.
gambar bawah : en hafiz, en zaki, en azman a.k.a beach boy plg seksi@ suami mithali @ uncle daddy k.aisyah, en norimi & en scovir muhaimin)

di situ juga..selepas en faiz & puan elis tiba dgn lenggang kangkungnya.. sessi penyerahan ribbon sebagai tanda kumpulan berconvoi diadakan.... tapi sebaik saje kami menerima ribbon tersebut... rasa ingin ketawa berdekah2 tidak dpt di tahan2 lagi..alasannya "WEI ELIS! RIBBON NI NAK LETAK KAT ANTENA KERETA KA? ATAU NAK IKAT KAT TANGAN KA?" sila refer gambar ribbon tersebut.....


(ribbon sebesar duit syiling dua puloh sen yg ingin diletakkan di antena kereta akhirnya diikat di lengan2 peserta- gambar di atas: kelihatan syidah sedang mengikatkan ribbon di lengan mas@jangguem)

9.30 am:
penantian itu satu penyeksaan oleh kami apabila en haris@norkiah hanum@en harun@en shaari@ en latip borgiba dan ustaz toniq a.k.a en osman tidak muncul2...... walaubagaimanapun...penantian penuh penyeksaan itu..kami sulami dgn sessi photografi yg meriah.... hahahahah..... di mana sahaja kami berada..... kami tetap ceria..... we feel good......

   (bergambar sebelom meneruskan perjalanan menuju ke R&R Temerloh untuk menunggu En Haris & Ustaz Toniq)

11am :
kami semua tiba di R&R Temerloh. akhirnya en haris & ustaz toniq pun muncul.. di sini, kami lagi sekali mengambil kesempatan untuk menikmati sarapan pagi utk kali kedua. tetapi ada jugak yg tak tahan dgn gulai ikan patin.... sempat makan nasik lagi!!!!




setelah kekenyangan, kami meneruskan perjalanan kami.. walaubagaimanapun..satu insiden telah berlaku yang mana kereta yang dipandu en putra a.k.a abe ya telah ditahan polis kerana memandu melebihi had laju.. dgn tersenyum sumbing en putra berkata kepada abg polis " bang, saya lawyer bang"  dan dengan nada yang sinis, abg polis menjawab "haa..sepatutnya lawyer lagi tau undang2" dan selepas abg polis berpuas hati dgn jawapannya...dia terus tersenyum dan melepaskan en putra a.k.a abe ya dan memberi sebaris nasihat "bawak anak ni.. bawakla keta perlahan2" hahaha...en putra menarik nafas lega dan terus menelefon en faiz......... 

1.30pm:
Akhirnya en putra, en haris & en faiz pun tiba di hotel penginapan kami iaitu di DUTA VILLAGE. Hotel yg mana di bawah pengurusan company tempat en haris berkerja dan dgn sukacitanya.. penginapan kami di hotel itu telah mendapat discount...kawan2.... inilah tempat penginapan kami di Duta Village Cherating.


gambar dibawah: kelihatan en putra & en haris sedang mengambil kunci2 bilik kami, Joe sedang membahagi2kan T-shirt2 merah & hitam kepada para peserta. Puan alim & Puan Elis yg amat teruja......
laaaaa..ingatkan puan alim & puan elis je yg teruja...tapi....kami semua teruja...yahooooo... bergambar bersama2 di lobby hotel sebelom masok kebilik masing2.....

dan gambar di bawah ialah cenderamata untuk semua peserta & juga aturcara yang telah disediakan.


4pm :
Acara kemuncak pada hari pertama. Kami telah mengadakan acara SUKANEKA untuk anak2 dan untuk mak2 & bapak2 budak... SUKANEKA ini telah dikelolakan oleh Joe & comittee of SPORT iaitu Mas, Syidah, Elis & Lailah.. Jom kita saksikan pasukan MERAH & pasukan HITAM.

                       TEAM MERAH - yeah! yeah! hidup merah!

TEAM HITAM - team kekuda ketaq makan pasiaq...jgn marah  nooo...En faiz tiada didlm gambaq kerana lambat datang.... 

dan antara acara2 sukaneka yang telah diadakan ialah:

KATEGORI KANAK2:

1) REBUT KERUSI : pemenangnya ialah adik Nur Hannan Najihah


2) REBUT GULA-GULA : pemenangnya ialah adik Muqarrabin


3) LARI IKAT KAKI : pemenangnya ialah adik muqarrabin & adik nurameera

dan yang paling best sekali ialah apabila melihat telatah anak2 kita, tak kira umur, jantina dan perbezaan warna kulit ( hahaha..anak aku dah berkilat berjemur kat beach), mereka bermain bersama2 dgn penuh gembira.. dari yg paling besar sampai yg kecik2.. main tak ingat kat mak bapak dah...& sebagai bukti, anak ceq tak abis bercerita  dia bermain pasir ditepian pantai dan dijaga oleh "UNCLE DADDY KAK AISYAH"...... (gambar bawah: jalwa cuba mengusha mukhriz tetapi mukhriz sempat memberikan pose yg cute ala2 daddynya en haris...., anak2 bermain pasir bersama2) 


Bagi acara sukaneka untuk mak2 & bapak2 budak pula ialah:

1) REBUT KERUSI UNTUK BAPAK2 BUDAK : pemenangnya ialah En Toniq a.k.a En Osman.

dan setelah perebutan kuasa berlaku..akhirnya kuasa mutlak terletak ditangan En Osman. gambar bawah: punyalah buruk perangai mereka ini...pulun rebut kerusi..hahaha!!!!!


REBUT KERUSI UNTUK MAK2 BUDAK : pemenangnya ialah Puan Anne- isteri kepada En Osman..(boleh tahan dorang berdua ni!!!!)

permainan yang amat bersih..tiada unsur2 perebutan kuasa disitu..oleh kerana en toniq telah mewarning isterinya "kalau kalah balik jln kaki" ... maka, kami2 memberikan kemenangan mudah kepada isterinya krn takut en toniq merealisasikan kata2nya..kesian kat puan anne nanti - betul tak kawan2? gambar atas: puan elis jtuh gedebus di tolak oleh cik syidah...hahaha!!!

2) WIN LOOSE OR DRAW UTK BAPAK2 BUDAK

(gambar: kelihatan en osman sedang cuba melukis dan diperhatikan oleh bapak2 budak- lukis gambar kopi kapal api en osman?)

WIN LOOSE OR DRAW UTK MAK2 BUDAK

(diwakili oleh Puan Linda & Puan Mayien sebagai pelukis- peserta2 ternganga sebelom meneka. walaubagaimanapun, acara ini dimenangi oleh team MERAH!!!!!!!!!!!!!)

3) GHOST WHISPERER UNTUK BAPAK2 BUDAK

(wajah2 kecewa akibat berita yg disampaikan berunsur fitnah - "pak pandir carik rama2?" abe ya telah ketawa berdekah2 kerana tersilap memilihnya sebagai informer pertama.. kelihatan en faiz amat sedih dgn kekalahan mereka)

GHOST WHISPERER UNTUK MAKK2 BUDAK

(gambar di atas: Puan elis sedang beria2 menyampaikan berita yg sahih..walaupun kami suka bergossip..tetapi berita2 yg digossipkan adalah berita2 yg benar lagi sahih! hahahaha!!! moral cerita : jgn percaya 100%  ayat2 cinta bapak2 budak dan TEAM MERAH ADALAH JUARA!!!!)

dan akhir sekali ialah acara berpasangan iaitu lari ikat kaki.. untuk acara ini, tiada gambar disediakan kerana puan photographer kita turut menyertainya..malangnya puan photographer telah terjatuh dlm pertandingan tersebut kerana pasangannya abe ya jalan terkengkang2 ...walaubagaimanapun, game ini jugak telah dimenangi oleh En Toniq & isterinya Puan Anne (alah...osman..kita org taulah korang selalu berlatih main ikat2 kaki ni...sbb tu bleh menang...hahahaha)

(alamak..dah pukul 1.15am... ceq nak tidoq dah....esok sambung lagi...pd kawan2..sabaq noooo)

SALAM SEMUA...SELAMAT PAGI..KITA SAMBUNG LAGI ACTIVITI DI HARI PERTAMA KITA.....

antara pose2 menarik kawan kita di cherating......

gambar atas: en faiz a.k.a mat over yg baru tiba dilokasi permainan.. berlenggang kangkung sungguh! kelihatan en haris @ nurkiah hanum @ en shaari @ latip borgiba- penuh ayu dan manja.. lentokan yg sama diberikan ketika p'mainan bola tampar..hahaha, gambar puan elis & mas bergaya dgn tudung KUSZA yg masih mereka simpan.... beramai2 dan gambar abe ya bersama putra Jr. 

Bravo kepada En Hafiz, En Muhaimin & en Zaki : walaupun mereka bukan dr ahli x-iiumt2nd batch, tetapi p'hubungan yg terjalin antara kami, sgt2 baik...tanpa mengira umur, pangkat dan darjat....  juga tak lupa utk en azman yg sangat2 prihatin terhadap anak2nya & anak2 kami..thanksla sbb tolong jaga najla sewaktu mak & bapak dia seronok bersukaneka... juga pada en norimi yg baru pertama kali bersemuka dgn kami... en norimi mmg sporting habis! salute lah!

bukan setakat pihak lelaki sahaja yg boleh berbaik dan bermesra serta melepak bersama2 sehingga pukul 2 pagi... malah kami juga dipihak wanita dgn penuh gembiranya menerima ahli baru yg begitu sporting iaitu Puan anne (wife en osman) dan Puan Ida wife mr haris).. welcome to the club! 

selesai sahaja acara sukaneka, Puan photographer telah meminta semua peserta bergambar bersama ahli keluarga masing2. Ia bertujuan agar selepas program ini, silaturrahim anatara kita dan keluarga masing2 tak terputus disitu sahaja..mana tau terserempak kat mana2 kan...bolehla bertegur sapa & bertanya khabar.... tak gitu? dengan berbagai gaya dan pose2 yg sangat cantik diberikan..mari kita perkenalkan peserta2 bersama keluarga masing2 di "toghether in cherating 2009"

1) KELUARGA PUAN JOE@ZURA & EN AZMAN (selaku organizer):
BERSAMA ANAK2 : DAMIA AISYAH & ARIF FARHIN
(en azman telah dianugerahkan sebagai "BAPA MITHALI" , "BEACH BOY" & "SUAMI PENYAYANG" oleh kami. oleh itu wahai kawan2 sekalian..contohilah en azman kita... sayangi isteri & anak2 anda....)

2) KELUARGA EN FAIZ a.k.a ABG MAT OVER & PUAN ELIS:
BERSAMA ANAK : FARAH ALYA
(apsal gambaq korang macam sedih je? ni mesti abg mat over masih blom boleh menerima kekalahan pihak lelaki kan? elis, kita menang..apsal ko sedih gak?)

3) KELUARGA EN PUTRA a.k.a ABE YA & PUAN ALIM(merangkap puan photographer):
BERSAMA ANAK2 : NAJLA SUFYA & AQIL IAN NAWFAL
(disebabkan semua gambar kami tak berapa nak cantik mcm gambar2 korang disebabkan hasil shot photographer2 yg tak bertauliah, maka semua gambar2 kami terpaksa diedit & dicrop semula... kesian kami...bantu kami.... EH JAB...KE KORANG SABOTAJ HAAA???.)

4) KELUARGA PUAN JUNNY & EN MUHAIMIN:
BERSAMA ANAK JALWA ALUDRA
(couple inilah yang paling happening & ceria sepanjang program ........YEHAAA!!!)


5) KELUARGA EN TONIQ a.k.a EN OSMAN & PUAN ANNE:
BERSAMA ANAK2 : MUHAMMAD AMMAR MUQARRABIN, 
                                     PUTERI NURAMEERA MAZYDAH,
                                     PUTERI NURRABBAYANI
                                     MUHAMMAD SIRRIL ABRAR 

(selaku ketua kumpulan gagak kuning yang awal2 pulang ke KL. agak2nya en osman sudah merasakan bahang kekalahan mereka pada perlawanan bola tampar. hahaha! sebelom malu...baik blah awal...betul tak?)

6) KELUARGA EN HARIS @ EN HARUN @ NOUKIAH HANUM @ LATIP BORGIBA & PUAN IDA, BERSAMA ANAK : MUKHRIZ HARIRI.
(selaku ajk penginapan merangkap pemain target mas@jangguem.. en latip terduduk ketika memberi mata kemenangan kepada team perempuan....yahooo!!!! awww... tak rela akak tau!)

7) KELUARGA PUAN LINDA & EN HAFFIZ:
BERSAMA ANAK2 : NUR HANNAN NAJIHAH & NUR AMANINA SUFINA
(turut memeriahkan program kita dgn kehadiran mak linda yg sgt baik & sporting.. siap tolong jagakan anak2 kami lagi..... so anak2 kami semua bukan setakat dapat uncle2 & auntie2 baru...tapi dapat nenek baru juga..."


8) KELUARGA PUAN NONIE & EN ZAKI;
(pasangan pengantin yg masih boleh dikatakan baru...hehehehe..apsal kolambat sampai masa 2nd day tu cin nun... kami kesian tgk zaki  jalan kengkang2...sakit kaki main sukanekan ye cik nun???)

9) KELUARGA RIBENA- MAS@JANGGUEM, SYIDAH, LAILAH & KOK
(dara2 pingitan yg menjadi target "BABY ROMEO".. aku pun heran...suka benor si Ian tu bila dikelilingi oleh korang semua..hahahaha)


bila ku belek2..ku selak2...baru perasan..mana pulak perginya KELUARGA PUAN SUE & EN NORIMI NI? setelah disiasat, rupa2nya ketika sessi photografi berjalan... mereka berdua sedang bercanda ditepian pantai...amboi sue & imi..tak sabar2 korang berdua ye......so..terpaksalah korang bergambar tanpa baju sponsor ye?....

10) KELUARGA PUAN SUE & EN NORIMI 
BERSAMA ANAK: NURZAHRAA BATRISYIA


emm.. dah panjang bonar dah N3 TOGETHER IN CHERATING - DAY 1 ni, bak kata si joe" aku dah sesat dah ni" maka, ceq terpaksa menyambung semula N3 untuk DAY 1 ke part 2 pulak.... jumpa di N3 berikutnya.......

19 comments:

Elis said...

syok giler tengok gambar2 ni kak lim. esp part yg terjatuh tu....... apa2 pun kita semua enjoy giler dgn gathering ni....tak sabar nak tunggu gambar bola tampar ni.

Elis said...

aku tak tahan tengok gambar aku yg terjuih bibir tu.....kelakar nak hampos (bak kata arif)

Joe@zura said...

gadis serve air ribena tu aku kah???

Joe@zura said...

Pembetulan Kak Lim, Game bisik-bisik tu nama dia ialah Ghost Whisperer. Ada 2 game kita tak sempat main iaitu London Bridge dan Misi Lanun Darat sebab semua dah penat... lagipun dah nak maghrib... I'm Sory!!!

sue said...

sesaper yg ada gambar masa suraya dtg tu, boleh la upload sekali kat sini melalui k.alim

sue said...

mas...ko tgok norkiah tu lentuk ayu jer...agak2 boleh ambik jd pelakon utk cd karaoke tak...kah kah kah...

Elis said...

cd karaoke tu kena sembunyi sikit belakang tiang baru real...... sesuai utk norkiah hanum tu...

Osman said...

kalau bang man...suami mithali....aku dpt anugerah apa???

Joe@zura said...

kau dan keluarga kau dapat anugerah "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" untuk sukaneka... puas hati???

sue said...

osman...hang dpt anugerah mafia yg paling xmithali...siap ajaq anak main kasaq tu...

Elis said...

aku nak bagi anugerah keluarga yg paling bersemangat utk en osman sekeluarga. tengok macamana dia sefamily bersatu hati menentang lawan. aku respek tu. thn depan en osman pastikan pn anne join kita org main volley ball k.

sue said...

kalau pn anne main valleyball..aku confirm en.osman akan balik jalan kaki la....hahahaha...

Osman said...

joe..anak aku yg kurus tu...memilih mkn aaaa...
aku bg duit kat dia sehari rm5 punnn...dia p beli ulaq getah...

Joe@zura said...

anugerah gambar paling kiut ialah gambar syida yang terselit atas signboard "welcome" itu... ala yang masa bergambar sebelum dapat kunci bilik hotel itu...

Elis said...

aah la joe, aku punya la cari gambar yg ko maksudkan tu....setelah aku jumpa, aku nampak la syida terselit kat belakang board tu.... so cute

Mak Datin Alim said...

wei korang..tapi korang perasan tak gambaq haris..semua gambaq dia mesti "lentoooqqqq" baik punya... sama mcm lentokan dia waktu main valleyball..tak caya cuba korang carik semua gambaq haris...hahaha..haris..ko tukaq nama jadi abg lentoq pulak lah!

Joe@zura said...

husband aku senyum sorang2 tengok gambar2 ni... tapi statement dia yang lebih kurang sama dgn kau kak Alim, "eh, haris ni memang lemah lembut orangnya kan... suara pun soft je..." kehkehkeh...... aku pun ketawa terkekeh-kekeh...

Anonymous said...

sue:bj ko pakai tu mmg "pesen" gitu ke ko ada "bekal" lagi...zahraa nak dpt adik ke?

sue said...

siapakah engko ENON?