Monday, December 29, 2008

Comiittee's Meeting @ Datin Joe's house.





Date     :  25 December 2008
Venue  :  Datin Joe's house @ Tuanku Jaafar Golf Resort, Seremban.



Seperti N3 yg telah diupdate oleh Datin Joe mengenai mesyuarat menyusun atur semula tentative program 2nd IIUMT Get Together...kali ni ceq nak menokok tambah sedikit pengisiannya.... seperti yg sedia maklum...bukan setakat mesyuarat saja yg berlangsung malah pihak committe yang terdiri daripada Datin Joe sebagai organizer a.k.a tuan rumah, dibantu oleh datin elis, toh puan shida, toh puan masliza, dato' faiz & juga dato' putra....tidak lupa ceq yg telah dilantik secara tak rasmi oleh dato' faiz sebagai committee of IT.... telah dijamu dgn makanan2 yg enak...bukan saja makan tengahari...malah sampai ke makan malam juga turut disediakan oleh pihak tuan rumah...

Pada hari tersebut, 25 December 2008, ceq & dato' putra telah bertolak dari kl ke seremban pada pukul 12 tgh hari..dan kemudiannya sampai di seremban pada pukul 1.30pm.. kami berkesempatan singgah di rumah dato'faiz & datin elis sebelum bersama2 berconvoi ke rumah datin joe.... 



Sesampainya di sana, kelihatan toh puan shida & toh puan Masliza sudah tiba dari KL dan sedang membantu tuan rumah di dapor.... ceq tak dapekla nak menolong...almaklumla..kena kelek baby..hehehe.






haaaa...antara menu of the day untuk committee members. Tuan rumah telah menyajikan nasi tomato bersama kuah dalca, ayam goreng berempah, sambal udang & juga sebagai pencuci mulut, satu menu istimewa iaitu "LAICISCREAM" atau laici + ice cream...... mmg sedap semuanya..( sesapa nak rasa, boleh contact Datin Joe untuk jamuan seterusnya..hehehe)




Penuh lauk pauk yg disajikan, termasok buah2an yg telah diimport khas dari KL.. gambar di atas: kelihatan tuan rumah cuba menyusun atur hidangan di atas meja.....bukan setakat menyusun atur semula tentative program saja ye kawan2......






Gambar sebelah : D'majistret..datin elis & toh puan shida tersenyum sebelum menikmati hidangan.


antara gaya2 para committee sewaktu sessi perbincangan.
Setelah penat berbincang tentang tentative program, Datin Joe memulakan sessi membuat roti jala. Acara ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada datin2 dan toh puan2 yg kurang mahir dalam pembuatan roti jala.... gambar di atas : kelihatan toh puan masliza, toh puan shida sedang berusaha membuat roti jala..manakala datin joe tersenyum bangga dgn roti jalanya bersama kuah gula durian.. Dato' faiz dan dato' Putra tanpa segan silu menghabiskan roti jala yg ada di dlm pinggan yg terhidang.......

Hanya Dato'Faiz & Dato' Putra yg dapat menghadirkan diri pada sessi perbincangan tersebut. Gambar di atas : sempat bergurau senda dan bergambar setelah menjamu selera dengan roti jala & kuah durian sebagai juadah minum petang.


Akhirnya, pada pukul 8.30 malam..setelah menikmati hidangan makan malam, kami semua beransur pulang. Toh Puan shida & toh Puan Mas serta dato'  Putra & datin Alim bertolak ke Kuala Lumpur. Dato' Faiz & datin Elis pulang ke rumah mereka. Dan hasil daripada perbincangan tersebut, sila rujuk tentative program yg telah diupdate oleh Datin Joe selaku organizer.
Terima Kasih.

p/s sesiapa yg teringin menikmati juadah istemewa seperti di atas, sila contact Datin Joe untuk tempahan.

10 comments:

Azura Ahmad said...

kira iklaneka percuma la ni ye... mm... call la aku, aku bagi resipi laiciskrim...

Rozi said...

wahhh...meriahnyer....nk join arrr next time....boleyyy?:)pandainyer u masak joe...nasi tomato dgn ayam berempah tu mmg my favourite!!! kecur air liur ni ha huhu....

Anonymous said...

aku bawak nota gi cherating nnt la...nak salin resepi kat sana, jimat sikit bil aku...boleh tk datin joe?...hehehe

Azura Ahmad said...

Rozi= tu lah... susah2 pindah je sebelah rumah i ni haa... tak payah beli nasi bungkus kat UIA tu hari-hari... (hehe.. pecah tembelang gue jadi silent reader blog luk... jangan marah dong)

Sue= takpe2 on kan je bluetooth, nanti i bluetooth resipi tu ye...

mayîëN said...

Sue! Lama tak jumpa hang. Anak brape dah? Ko tanya lah aku plak..heheheh

Elis said...

todin..... aku punya la pelik sapa la pulak todin ni.... bila tengok gambar kau baru aku kenal. sedap nama kau. aku sebenarnya dah tak sabar2 nak gi cherating ni........ syok giler tentative programme. sapa tak ikut memang rugi giler. k lim jgn lupa update blog dengan meletak gambar2 maut semua orang. sapa tak pergi mesti jelous giler....

Anonymous said...

oh omeh@mas! miss u soooo much!...aku ingat lagi time2 kita merempit ngan moto kau kat kusza dulu...agak2 kau ada lg tak skill tu skrg nih? anak aku baru sorg la...InsyaAllah, ada rezeki kat cherating nnt kau kenal la...mesti kau xcaye nyer, anak aku comel cam aku gak..hehehe...selain sibuk ngn xtvt ke 'PA'-an,apa lg crita best pasal kau skrg nih? kau pegi ke KN kawen?

mayîëN said...

hahaha.. sue, motor tu dah arwah dah. aku pun tak tau kemana dah motor tuh. Tp aku memang dh tk reti merempit, insssaap dah..kuikui..ade ke soalan berduri ko ni, aku mana la pegi kenduri kawin "KN" (bukan nama sebenar), haaajaaaak pun tak mamat tuh, tp kalau haaajaakk pun blum tentu aku p lg, tekenang-kenang chicken "sand witch" A&W tuh..hrp2 "w*fe"(bukan gelaran sebenar)die tk baca blog nih..heheheh

Anonymous said...

"barang yang lepas hai jgn dikenang...sudah menjadi hak orang lain....."ikut rentak salah satu lagu PRamlee....jgn marah ye...

mayîëN said...

hakhakhak.. sapa lah anonymous nih... tak kenang aih... buang filem jer nak potray kenangan lama tu...Tapi kalau nak nyanyi pun aku pilih lagu A. Ramlee tuh" kenanganku kepadamu, diwaktu engkau disamping ku" hehehehe